BKM Bujang | Syarat Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 – 4
BKM Bujang | Syarat Kelayakan & Jumlah Bayaran Fasa 1 – 4 ~ Sukacita dimaklumkan, melalui pembentangan Bajet 2022 yang lalu, kerajaan memperkenalkan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) mengurangkan bebanan rakyat yang terkesan dengan pandemik COVID-19.
Bantuan ini akan disalurkan kepada beberapa golongan yang berkelayakan mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. Bayaran Fasa 1 BKM dijangka akan dibuat bermula Mac 2022 ini.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Bujang)
Jangan risau, sekiranya anda merupakan seorang bujang, anda juga berpeluang untuk menikmati Bantuan Keluarga Malaysia ini. Syarat kelayakan penerima BKM bujang adalah seperti berikut:
- Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
Jumlah Bayaran BKM Bujang
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan (Berpendapatan bulanan bawah RM5,000): RM600
- Bujang (Berpendapatan bulanan bawah RM2,500): RM350
Sila rujuk jadual di bawah berdasarkan kategori kelayakan yang ditetapkan.
Jumlah bayaran yang akan diterima oleh pemohon Bantuan Keluarga Malaysia yang layak mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kadar tambahan hanya diberikan kepada penerima isi rumah seperti berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas
Jadual Bayaran BKM Bujang 2022 (Fasa 1 – 4)
Seperti yang diumumkan sebelum ini, bayaran BKM akan dibuat sebanyak 4 kali sepanjang tahun 2022.
Tarikh bayarannya adalah seperti berikut:
Fasa 1 : Mac 2022
Penerima BKM fasa 1 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 2: Jun 2022
Penerima BKM fasa 2 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Fasa 3 : September 2022
Penerima BKM fasa 3 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
- Bujang
Fasa 4 : Disember 2022
Penerima BKM fasa 4 terdiri daripada:
- Isi rumah
- Warga Emas Bujang / Tiada Pasangan
Maklumat Lanjut & Pertanyaan
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahu Info lanjut, sila hubungi:
- Hotline BKK LHDNM : 1800 88 2747
- Hotline BKK MoF : 03 8882 4565
- Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM
- e-Mel : [email protected]
- Laman web: https://bkm.hasil.gov.my/