Biodata Ustaz Wadi Anuar, Pendakwah Bebas Terkenal

Biodata Ustaz Wadi Anuar

Ustaz Wadi Anuar merupakan penceramah bebas yang cukup berpengaruh di negara ini.

Cara penyampaian serta kepetahan beliau dalam menyebarkan dakwah ternyata mampu menyentuh jiwa kepada rakyat Malaysia.

Buktinya, Ustaz Wadi Annuar berjaya mengumpul lebih 555,000 subscriber di platform Youtube rasminya dan 909,000 pengikut di laman Instagram.

Video ceramahnya juga sering tular di pelbagai media sosial antaranya Facebook dan TikTok.

Ustaz Wadi Anuar juga pernah menjadi buah mulut warganet apabila beliau terlibat dalam kemalangan jalan raya pada tahun 2018 bersama rakan dakwahnya.

Dalam kemalangan tersebut, beliau berada dalam keadaan kritikal sementara rakannya, Mohd Murtadza meninggal dunia 10 hari selepas kejadian tersebut.

Dua lagi penumpang iaitu rakan serta bapa Murtadza dilaporkan mengalami kecederaan ringan.

Jom kita semak serba sedikit latarbelakang serta biodata Ustaz Wadi.

Baca Juga : Biodata Ira Kazar, Isteri Kedua Syamsul Yusof

Biodata Ustaz Wadi Anuar

Nama Penuh : Mohammad Wadi Annuar bin Ayub

Nama popular : Ustaz Wadi Anuar (UWA)

Umur : 40 tahun (2023)

Tarikh Lahir : 20 September 1983

Asal : Sungai Petani, Kedah

Pendidikan : Kelulusan Jurusan Syariah & Bahasa Arab, Institut Fatah Islamik, Damsyik, Syria

Kerjaya : Penceramah agama, pendakwah

Instagram : @ustazwadiannuar

Youtube : Ustaz Wadi Annuar Official  

Pengalaman Ustaz Wadi Anuar

Selain berkhidmat sebagai penceramah, beliau juga pernah memegang beberapa jawatan sebagai guru serta pentadbir sekolah.

 Beliau berpengalaman sebagai guru sekolah menengah di sekolah swasta dan sekolah agama bantuan kerajaan dari tahun 2008 hingga 2015.

Pada tahun 2016 hingga 2018, beliau menyandang jawatan sebagai pengetua Maahad Tahfiz Al-Annuar.

Sebagai penceramah bebas, beliau bukan sahaja mendapat jemputan untuk mengisi program ilmu di pelbagai masjid-masjid besar serata negeri, malah Ustaz Wadi juga sering ditawarkan untuk menjadi penceramah jemputan di bagi program radio dan televisyen.

Ustaz Wadi pernah dijemput sebagai panelis untuk rancangan Al-Kuliyyah (TV3) dan Semusim di Barzakh (TV Al Hijrah).

Selain aktif menyebarkan dakwah, beliau juga banyak melibatkan diri dalam aktiviti kebajikan bagi membantu golongan yang memerlukan.

Tak hanya terlibat sebagai sukarelawan bagi beberapa misi kebajikan, malah Ustaz Wadi Anuar juga merupakan pengasas kepada institusi pendidikan dan kebajikan, Akademi Darul Iftak (ADI).

Di samping itu, beliau juga memegang beberapa jawatan penting bagi beberapa badan NGO iaitu :

  • Pengerusi NGO Ikatan Ilmuwan Islam Kedah (Islami)
  • Jawatankuasa NGO Penawar Kedah

Di samping menyampaikan ilmu menerusi ceramah agama, Ustaz Wadi pernah menerbitkan sebuah buku bertajuk ‘Andai Umat Ini Hidup Seperti Umar Al-Khattab’.

Untuk ketahui perkembangan Ustaz Wadi Anuar, sila ikuti laman Instagram dan Youtube pendakwah popular ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!