Permohonan Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan Tahun 2022

Permohonan mendapatkan Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang calon berekalayakan ke Universiti Tempatan 2022 kini dibuka.

Kerajaan negeri pahang melalui Yayasan Pahang (YP) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon Biasiswa Pendidikan bagi melanjutkan pengajian di institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan yang diluluskan oleh Yayasan Pahang.

Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang

biasiswa pendidikan yayasan pahang 2022 (2)

Terdapat dua biasiswa pendidikan yang di tawarkan oleh Kerajaan Negeri Pahang melalui Yayasan Pahang dengan ini iaitu Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB), biasiswa yang paling berprestij di negeri ini dan Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP) untuk pelajar-pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Permohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 Julai 2022

Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar Pahang (BKMB)

Biasiswa berprestij yang dikenali dengan nama Biasiswa Kecemerlangan Menteri Besar (BKMB) ini diperkenalkan sejak tahun 1998 dan ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Biasiswa ini memberi peluang kepada pelajar untuk mengikuti pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam di dalam negara yang diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia dan diluluskan oleh Yayasan Pahang (YP) hingga ke peringkat pengajian tertinggi iaitu ke peringkat Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada kecemerlangan akademik dan kokurikulum.

Biasiswa ini ditawarkan oleh YP selaras dengan matlamat jangka panjang Kerajaan Negeri Pahang untuk mewujudkan golongan pemikir dan profesional dalam usaha membangunkan modal insan bertaraf dunia.

Nilai Anugerah

Kelayakan Pemohon

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut : 

  • (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di Negeri Pahang Darul Makmur.  
  • (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan Warganegara Malaysia,   adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan akademik yang cemerlang, mempunyai bakat kepimpinan   yang tinggi serta aktif dalam kegiatan kokurikulum, kesukarelawan dan sukan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. 

3. Lulus cemerlang di peringkat SPM atau STPM tahun 2021 seperti berikut: 

  • (a) Calon SPM : 9 A+ ke atas 
  • (b) Calon STPM : 4 Prinsipal A

4. Memohon ke Institusi Pengajian Tinggi Awam yang diiktiraf oleh Kerajaan dan YP (tidak termasuk program persediaan ke luar negara).

5. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.

6. Mempunyai taraf kesihatan yang baik.

Skim Pelajar Cemerlang Yayasan Pahang (SPC YP)

Ditawarkan kepada pelajar-pelajar anak Pahang yang cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).Di bawah skim ini,pelajar akan ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian Matrikulasi/ Program Asasi atau setaraf dengannya di Institusi Pengajian Tinggi Awam yang mempunyai jalinan usahasama dengan Yayasan Pahang (YP).

a) Program Asasi di Universiti Islam Antarabangsa    Malaysia (UIAM).  

Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian di Universiti Islam Antarabangsa, Malaysia (UIAM) dalam bidang Perubatan, Farmasi, Ekonomi,  Perbankan / Kewangan Islam dan Pengajian Islam.

Pada masa yang sama, pelajar perlu membuat permohonan Sistem Permohonan  Kemasukan Pelajar Bagi Sesi Akademik 2022/2023 (UPU Online) dengan  menjadikan UIAM sebagai PILIHAN UTAMA. Penajaan biasiswa akan diteruskan hingga ke peringkat Ijazah Sarjana Muda.

b) Program Peneraju Profesional Akauntan Muda(FIA – ACCA).

 Program ini dirangka khas untuk melahirkan golongan profesional di dalam bidang perakaunan dan dijalankan dengan kerjasama Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju. 

Permohonan kemasukan pelajar akan diproses melalui YP. Pelajar yang berjaya terpilih di bawah skim ini akan mengikuti pengajian Foundation in Accountancy (FIA) dan Association of Chartered Certied Accountants  (ACCA) di Institusi Pengajian Tinggi yang ditetapkan oleh Yayasan Pahang dan Yayasan Peneraju

Penajaan

Kelayakan

1. Anak Negeri Pahang Darul Makmur seperti takrif berikut : 

  • (a) Pemohon atau bapa atau ibu dilahirkan di   Negeri Pahang Darul Makmur.  
  • (b) Bagi pemohon yang ibubapanya bukan   Warganegara Malaysia, adalah Tidak Layak Memohon.

2. Mempunyai kelulusan cemerlang akademik dan aktif  dalam  kegiatan kokurikulum.

 3. Lulus cemerlang di peringkat SPM tahun 2021 dengan  mendapat keputusan A bagi semua matapelajaran yang diambil.

4. Mempunyai sahsiah diri yang baik dan berpersonaliti unggul.  5. Mempunyai taraf kesihatan yang baik

Cara Mohon Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang

  1. Permohonan boleh dibuat secara atas talian menerusi laman website sispen.yp.org.my/bispen serta
  2. Dokumen-dokumen yang berkaitan perlu dimuatnaik di laman semasa mengisi permohonan secara atas talian
  3. Tarikh permohonan boleh dibuat mulai 16 Jun 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 8 Julai 2022

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang anda boleh layari https://www.yp.org.my/ atau hubungi ;

YAYASAN PAHANG
Kompleks Yayasan Pahang, Tanjung Lumpur, 26060 Kuantan,
Pahang Darul Makmur
Tel : 09-5181800 | Faks : 09-5181888
(Zakiah bt. Saleh/Noorasziana bt. Abd Rahman)
Email: [email protected] • [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!