Biasiswa Pelajaran Tazu UNITEN (BPT) -Asasi 2022 Lepasan SPM 2021

Terkini Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU) membuka tawaran Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi untuk pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021.

Permohonan untuk tajaan biasiswa ini dibuka mulai 1 hingga 31 Julai bagi kemasukan intake semeter 1,tahun akademik 2022/2023.

Pelajar yang layak memohon mendaftar untuk program asasi di Universiti Tenaga Nasioanl (UNITEN) sahaja

Biasiswa Pelajaran Tazu UNITEN

Biasiswa Pelajaran Tazu UNITEN 2022

Pada 14 Julai 2010 UNITEN telah menerima Tawaran Pelantikan sebagai Penolong Amil bagi pihak Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor (MAIS). Seterusnya, pada 2 September 2010, UNITEN dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menandatangani satu Memorandum Perjanjian Persetujuan (MoA) Pelantikan UNITEN sebagai Penolong Amil dan merasmikan penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN (TAZU).

Matlamat penubuhan Tabung Amanah Zakat UNITEN adalah sebagai satu sumber kewangan alternatif untuk membantu para pelajar yang layak dan tergolong dalam asnaf zakat untuk menerima bantuan bagi meneruskan pengajian.

OBJEKTIF

  • a) Mencari dan menerima sumbangan dari pelbagai pihak.
  • b) Menjana sumber kewangan bagi melahirkan profesional Muslim.
  • c) Menyediakan bantuan kewangan bagi para pelajar UNITEN yang memerlukan.
  • d) Bertindak sebagai One Stop Center dalam pelbagai kegiatan keilmuan dan kerohanian.

Syarat – Syarat Permohonan

Syarat-syarat untuk permohonan bagi biasiswa ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Beragama Islam.
  3. Memohon program Asasi di UNITEN.
  4. Mendapat keputusan SPM minima 9A tanpa C.

Keutamaan biasiswa ini akan diberikan mengikut kategori asnaf dengan pengiraan kad kifayah tertinggi.

Terma & Syarat

  1. Pemohon belum mempunyai kelayakan akademik setaraf dengan pengajian yang dipohon.
  2. Belum mendapat bantuan penuh pengajian atau tajaan dari mana – mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  3. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana – mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang – undang Negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana – mana institusi pengajian atas masalah akademik / disiplin bagi pengajian diperingkat yang sama.
  4. Pelajar TIDAK DIBENARKAN menukar Institusi / kursus tanpa kebenaran bertulis dari pihak TAZU.
  5. Pelajar TIDAK DIBENARKAN untuk menangguhkan pengajian tanpa kebenaran TAZU dan perlu menamatkan pengajian dalam tempoh yang di tetapkan.
  6. Pelajar perlu MENGEKALKAN MINIMUM GPA 3.00 dalam akademik sepanjang tempoh pengajian. Sekiranya gagal berbuat demikian, pihak TAZU tanpa notis akan mengambil tindakan.
  7. Pelajar adalah DILARANG sama sekali melibatkan diri dengan aktiviti penyalahgunaan dadah, perhimpunan haram dan kegiatan sosial yang tidak sihat yang boleh menjejaskan nama baik agama, bangsa, negara, UNITEN dan penaja (TAZU).
  8. Pelajar adalah WAJIB untuk mengikuti program yang dianjurkan oleh pihak TAZU sekiranya dijemput.
  9. Pelajar TIDAK dibenarkan untuk berkahwin dalam tempoh tajaan TAZU.
  10. Sekiranya pelajar tidak dapat menamatkan pengajian dalam tempoh tersebut, pelajar TIDAK boleh menuntut untuk menggunakan peruntukan yang diluluskan sekiranya ada lebihan.
  11. Segala kos yang terhasil/berlaku akibat daripada tindakan individu pelajar atau kesalahan yang dilakukan pelajar TIDAK ditanggung oleh TAZU.

Cara Memohon

Kepada yang berminat untuk mendapatkan tawaran tajaan biasiswa ini, boleh ikuti langkah-langkah seperti yang berikut:

  1. Langkah pertama, layari laman web https://amanahuniten.my/biasiswa/.
  2. Seterusnya Klik butang ‘Permohonan Baru.’
  3. Isi semua maklumat permohonan dengan betul dan lengkap.
  4. Muat naik dokumen sokongan dalam bentuk PDF.
  5. Klik butang ‘Hantar.’

Senarai Semak Dokumen Sokongan

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon
  2. Salinan penyata gaji terkini ibu dan bapa / penjaga atau
  3. Salinan penyata pencen terkini ibu dan bapa / penjaga atau
  4. Salinan surat pengesahan pendapatan terkini ibu dan bapa / penjaga sekiranya tiada penyata gaji / penyata pencen atau
  5. Salinan surat pengesahan tidak bekerja sekiranya ibu dan bapa / penjaga tidak bekerja
  6. Salinan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
  7. Salinan surat tawaran kemasukan ke Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)

Semua salinan dokumen sokongan perlu pengesahan daripada Ketua Kampung / Pesuruhjaya Sumpah / Guru Besar / Pengetua

Sila gabungkan kesemua dokumen menjadi satu dan di muat naik di dalam bentuk pdf

Maklumat Lanjut

Sebarang pertanyaan mengenai Biasiswa Pelajaran TAZU (BPT)-Asasi, sila hubungi talian 03-89212030 atau email ke [email protected].

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!