Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022

Tawaran Penajaan Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022 Lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda.

Pelawaan penajaan biasiswa penuh kepada calon-calon lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda. ini mensasarkan pelajar yang akan mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Sarjana di Universiti Collage of Yayasan Pahang (UCYP) daripada latar belakang keluarga berpendapatan rendah. Iaitu golongan B40

Tarikh Permohonan

15 Ogos 2022 sehingga tarikh tutup permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022 pada 6 September 2022

Sejarah Yayasan Tuanku Canselor UCYP

Inspirasi penubuhan Yayasan Tuanku Canselor UCYP (YTC UCYP) ini adalah bertitik tolak daripada titah Tuanku Canselor UCYP, KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong untuk mewujudkan satu dana pendidikan bagi menyalurkan bantuan kepada pelajar yang memerlukan terutama daripada golongan yang berpendapatan rendah dan kurang berkemampuan.

Sehubungan itu, pihak UCYP sebagai pengasas Yayasan berusaha untuk menubuhkan sebuah institusi yang menjalankan operasi secara berasingan daripada universiti dan tidak berorientasikan keuntungan.

Permohonan untuk memperbadankan pemegang-pemegang amanah bagi YTC UCYP di bawah Akta Pemegang Amanah (Pemerbadanan) 1952 [Akta 258] telah dimajukan kepada Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri (BHEUU, JPM) pada 10 Oktober 2019 dan telah diluluskan pada 23 Disember 2019.

YTC UCYP sedang dalam proses memohon kelulusan pengecualian cukai di bawah subseksyen 44(6) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi memberi manfaat yang lebih besar kepada penyumbang-penyumbang dana. Sumber dana yang terkumpul akan dimanfaatkan bagi tujuan kebajikan dan pembangunan pelajar, meningkatkan taraf kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta peningkatan kualiti program-program yang ditawarkan terutama di peringkat kumpulan UCYP

Tajaan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022

Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022_1

Tajaan biasiswa penuh ini, meliputi ;

  • Yuran pengajian
  • Asrama
  • Elaun

Syarat Permohonan

Permohonan biasiswa ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut iaitu:

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Mempunyai kesihatan yang baik.
  3. Ibu dan/bapa/pemohon tidak disenarai hitam oleh mana-mana agensi atau dalam tindakan undang-undang.
  4. Berumur tidak melebihi 27 tahun semasa tarikh permohonan
  5. Lepasan STPM/ Diploma/ Ijazah Sarjana Muda
  6. Kategori B40 (Pendapatan keluarga perkapita RM 4,849.00 sebulan dan ke bawah)
  7. PNGK 3.5 dan ke atas
  8. Telah mendapat surat tawaran pengajian Ijazah Sarjana Muda/Sarjana di University College of Yayasan Pahang (UCYP).

Syarat Kelayakan Akademik

Selain itu, pemohon juga perlu memenuhi syarat kelayakan akademik iaitu:

KelayakanSyarat Minima AkademikPeringkat Kemasukan
Lepasan STPMCGPA 3.50 dan ke AtasIjazah Pertama
Lepasan STAM (disamping mempunyai
SPM)
4 Mumtaz dan 5 Jayyid
Jiddan
Ijazah Pertama
Lepasan Matrikulasi di bawah
Kementerian Pelajaran Malaysia/
UIA/Politeknik/ Program Asasi
IPTA/lepasan Diploma dan lain – lain
setaraf denganya.
CGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama
Lepasan Ijazah Sarjana MudaCGPA 3.50 dan ke atasIjazah Pertama

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk disediakan adalah seperti berikut:

  • Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Lahir/Sijil Kematian (Pemohon,ibu dan bapa/penjaga).
  • Salinan surat tawaran atau pendaftaran pengajian di UCYP (Ijazah Sarjana Muda/Sarjana).
  • Salinan penuh Keputusan Peperiksaan (lepasan STPM/Diploma/Ijazah Sarjana Muda).
  • Salinan Sijil Berhenti sekolah.
  • Salinan Sijil Keputusan SPM.
  • Salinan Slip Gaji/Penyata Pencen/Pengesahan Pendapatan Ibu dan bapa/penjaga.
  • Salinan sijil ko-kurikulum/aktiviti luar.

Panduan Mengisi Borang Permohonan

  1. Borang permohonan ini mestilah diisi dengan menggunakan HURUF BESAR.
  2. Pengesahan / sokongan bagi permohonan ini hendaklah diperolehi dari Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas
  3. Sila isikan borang permohonan ini dengan JELAS dan LENGKAP. Permohonan yang tidak jelas/ tidak
  4. lengkap serta mengandungi maklumat palsu akan DITOLAK.
  5. Dokumen WAJIB seperti yang dinyatakan dalam SENARAI SEMAK dan LAIN-LAIN DOKUMEN perlu
  6. disahkan oleh Pegawai Kerajaan Gred 41 ke atas.

Cara Permohonan Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Canselor UCYP 2022

Nota : Lengkapkan maklumat di kedua-dua borang,  iaitu di google form ini dan Borang Permohonan Manual (BYTC/2022/01). Sila hantar atau poskan Borang Permohonan Manual (BYTC/2022/01) serta salinan dokumen sokongan yang telah disahkan ke pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP. 

Borang Permohonan yang telah lengkap boleh diposkan kepada:

PEJABAT PENGURUSAN YAYASAN TUANKU CANSELOR UCYP,

ARAS 2, KOMPLEKS YAYASAN PAHANG,

JALAN TANJUNG LUMPUR

26060, KUANTAN

PAHANG DARUL MAKMUR

(U/P: PENGARAH)

Tel. No.: 09- 404 8999        

(BIASISWA KECEMERLANGAN YTC UCYP 2022)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang persolan dan perlukan maklumat lanjut mengenai Biasiswa Kecemerlangan Yayasan Tuanku Cancelor UCYP 2022, anda boleh layari website http://ytc.ucyp.edu.my/ atau hubungi pejabat pengurusan Yayasan Tuanku Canselor UCYP di talian 09-404 8999 atau email [email protected].

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!