Biasiswa Innovalues 2022 Malaysia & Tawaran Kerja
Terkini tawaran untuk mendapatkan biasiswa Innovalues 2022 Malaysia telah dibuka. Syarikat Innovalues mempelawa warganegara Malaysia yang berumur 25 tahun ke bawah pelajar sepenuh masa. Sama ada yang sedang melanjutkan pelajaran dalam kursus ijazah atau yang baru menerima tawaran kemasukan ke university tempatan.
Pelajar yang mendapat tajaan ini juga, berpeluang untuk berkhidmat denagan syarikat Innovalues selepas tamat pengajian kelak.
Latar Belakang Syarikat Innovalues
INNOVALUES Precision (Kluang) Sdn Bhd, anak syarikat kepada INNOVALUES, sebuah syarikat di Singapura yang berkembang maju ke beberapa negara termasuk di Malaysia dengan kilang mereka di Johor. dan diasaskan dan mula beroperasi pada tahun 1997.
Perniagaan utama syarikat ini khusus pembuatan bahagian dan komponen mesin percetakan. Selain itu jug Innovalues turut menghasilkan komponen automotif, penggelek pencetak, peranti mekanikal dan sub-pemasangan serta perkhidmatan rawatan permukaan.
Syarat Permohonan
Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan untuk membolehkan permohonan anda di pertimbangkan. Antara syarat-syaratnya ;
- Warganegara Malaysia dan pelajar sepenuh masa di bawah umur 25 tahun.
- Pengesahan pelajar kemasukan dari Universiti Tempatan untuk kursus ijazah sepenuh masa.
- Pelajar Ijazah sedia ada .
- Bukan penerima sebarang bantuan kewangan lain.
- Pelajar yang berjaya akan berkhidmat di bawah perkhidmatan wajib Innovalues 3 tahun selepas tamat pengajian.
Tarikh Permohonan
Calon-calon yang berminat, boleh mengemukakan permohonan bermula 1 Julai 2022 – 31 Ogos 2022
Jumlah Biasiswa Innovalues 2022 Malaysia
Pelajar –pelajar yang layak akan menerima bantuan maksimum RM32,00.00
Kursus Yang Layak dipertimbangkan
Sila pastikan bidang kursus yang anda ikuti adalah seperti berikut. Hanya bidang pengajian tersenarai sahaja yang akan di pertimbangkan oleh pihak Invovalues
- Kejuruteraan Mekanikal atau setaraf
- Pembuatan/ Kejuruteraan Industri atau Sistem Pembuatan atau setara
- Kejuruteraan Mekatronik
- Kejuruteraan elektronik
Cara Mohon
Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan tawaran biasiswa invovalues ini, cara-cara permohonan adalah seperti berikut ;
- Bagi calon yang berminat, anda boleh mengisi borang secara online menerusi pautan https://forms.office.com/pages/responsepage.aspx?id=SuvVBXDMkUOAubFVwIR6mhvab8aodW5JuQzEFLCta3NUMUE5R040Rk1IUVVKN0JQWERXM1NMODYwWS4u
- Isi dan lengkapkan borang
- Pastikan anda menghantar permohonan sebelum tarikh tutup permohonan iaitu pada 31 Ogos 2022. Permohonan yang lewat tidak akan diterima sama sekali
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenaiBiasiswa Innovalues 2022 Malaysia, anda boleh e-mel pertanyaan anda ke: [email protected] atau hubungi 07-2536 000 untuk bantuan.