Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022

Permohonan Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia (YUM) 2022 telah dibuka. Tawaran biasiswa ini dibuka kepada pelajar Islam daripada keluarga berpendapatan B40 untuk melanjutkan pelajaran di salah sebuah university terkemuka, Universiti Multimedia.

Tawaran ini juga terbuka untuk permohonan yang layak untuk melanjutkan pengajian di peringkat program asasi,diploma dan ijazah sarjana muda

Tarikh tutup permohonan adalah pada 15 September 2022

Apa Itu Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022

Biasiswa Ibnu Haitham 2022

Biasiswa Ibnu Haitham adalah biasiswa tajaan sepenuhnya daripada dana agihan Tabung Amanah Zakat MMU, khusus kepada pelajar cemerlang dan daripada golongan Asnaf Fakir dan Miskin sahaja untuk mendapat pendidikan terbaik di Universiti Multimedia (MMU), salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia.

Baca juga : Permohonan Tawaran Biasiswa Pendidikan Yayasan Pahang Ke Universiti Tempatan Tahun 2022

Manfaat Biasiswa

Permohonan yang layak menerima tawaran biasiswa yayasan university multimedia ini juga akan turut menerima manfaat seperti ;

  • Yuran pengajian dan asrama
  • Elaun sara hidup
  • Elaun buku
  • Program pembangunan pelajar

Syarat Kelayakan

Untuk mendapatkan tawaran biasiswa ini, pemohon perlu la memenuhi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut ;

i. Terbuka kepada pemohon beragama Islam daripada keluarga berpendapatan B40 dan memenuhi kriteria Asnaf Fakir & Miskin yang ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor

ii. Kelayakan Akademik:
– SPM: Minimum 4A
– STPM/Asasi/Diploma: PNGK ≥ 3.00

iii. Sila sertakan surat tawaran program pengajian di MMU

Program Pengajian

Permohonan biasiswa ini juga terbuka untuk permohonan pengajian di Universiti Multimedia di peringkat ;

  • Program asasi
  • Diploma
  • Ijazah Sarjana Muda

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan biasiswa ini ialah pada 15 September 2022

Cara Permohonan

  • Permohonan boleh dibuat secara online menerusi pautan https://bit.ly/IbnuHaitham2022
  • Lengkapkan maklumat data peribadi anda dengan betul dan tepat seperti berikut :
    • Maklumat pelajar,
    • Maklumat ibu bapa / penjaga
    • Pendapatan Kasar Seisi Rumah
    • Maklumat adik beradik
    • Akuan
    • Maklumat akedemik
  • Sila isi “Kursus pilihan”
  • Sediakan dokumen sokongan dan pengesahan
  • Kemudian tekan butang “Submit”

Maklumat Lanjut

Sekirnaya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Biasiswa Ibnu Haitham Yayasan Universiti Multimedia 2022, anda boleh layari website https://yum.mmu.edu.my/ atau hubungi 03-83125103/5040/5043

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!