Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia 2022 Untuk Mangsa Banjir

Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ~ Sukacita dimaklumkan permohonan untuk Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia kini dibuka untuk membantu mangsa banjir yang mengalami kerosakan kenderaan.

Baucar Diskaun Automotif #KeluargaMalaysia telah diumumkan oleh kerajaan bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk pembaikan dan penggantian kenderaan yang terjejas akibat banjir.

Inisiatif yang digerakkan dengan kerjasama beberapa syarikat automotif ini menawarkan sekurang-kurangnya 25% diskaun bagi kerja pembaikan dan kos tunda kenderaan secara percuma.

Baucar yang bernilai sehingga RM 1,000 ini boleh digunakan untuk baik pulih kenderaan penumpang persendirian termasuk motosikal, trak pikap dan van bertingkap yang rosak akibat bencana banjir.

Apakah Diskaun Automotif Keluarga Malaysia ?

Dikaun Automotif Keluarga Malaysia menawarkan potongan harga kerja pembaikan sekurang-kuranya 25% , kos tunda kenderaan percuma serta baucar diskaun sehingga RM 1,000.

Pemotongan harga kos baik pulih akan terus dipotong daripada kos penggantian atau pembaikan secara keseluruhan melalui invois yang dikeluarkan oleh pusat servis dan pengedar sah.

Bagi memudahkan rakyat menikmati manfaat baucar yang ditawarkan , hampir 20 syarikat automotif dengan rangkaian lebih 1,000 pusat servis berdaftar di seluruh negara mengambil bahagian dalam program ini.

Baucar Diskaun Automotif

Syarikat automotif seperti PERODUA dan PROTON turut menawarkan diskaun sehingga 50% bagi upah baik pulih dan alat ganti kenderaan serta servis tunda percuma untuk kemudahan mangsa banjir.

Senarai Syarikat & Bengkel Terlibat

Berikut merupakan senarai syarikat dan bengkel yang terlibat untuk bantuan diskaun ini.

Baucar Diskaun Automotif

Senarai ini akan ditambah dan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Pemilik kenderaan boleh menghubungi syarikat automotif untuk kenalpasti pusat servis yang terdekat.

Tarikh Tuntutan Baucar Diskaun Automotif Keluarga Malaysia

Tarikh akhir tuntutan baucar ini adalah pada 31 Mac 2022.

Pengguna kenderaan tidak perlu buat permohonan. Pengguna boleh terus tebus baucar di pusat servis atau pengedar sah untuk nikmati baucar ini.

Pengguna dinasihatkan untuk membuat tuntutan daripada pusat servis serta pengedar yang sah bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Maklumat Lanjut

Untuk info lanjut, sila rujuk kenyataan Kementerian Kewangan dapatkan maklumat mengenai bantuan ini.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!