Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar 2022 Untuk Warga Selangor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar kini dibuka.
Skim ini diwujudkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor bagi membantu para ibu bapa meringankan beban dalam membayar yuran asuhan anak setiap bulan.
Ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan bakal menerima bantuan yuran Taska atau Nurseri bagi anak-anak berusia 4 tahun ke bawah.
Kadar Bayaran
Jumlah bantuan RM 100 akan dibayar setiap bulan bagi setiap anak yang telah lulus permohonan dan terhad kepada 2 orang anak berumur 4 tahun ke bawah.
Baca Juga : Permohonan SPZAS 2022 : Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor
Senarai Taska Berdaftar
Ibu bapa boleh semak senarai Taska berdaftar di pautan di bawah :
Syarat-Syarat Kelayakan
Ibu bapa perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :
- Pemohon mestilah warganegara Malaysia
- Pemohon perlulah dilahirkan dan menetap di Selangor ; atau
- Tidak dilahirkan di Selangor telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun. Pengesahan perlulah didapati daripada Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan di mana pemohon menetap.
- Pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM 5,000 ke bawah
- Suami dan isteri bekerja
Anak berusia 4 tahun ke bawah
- Bantuan terhad kepada 2 orang anak sahaja
- Taska anak-anak perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
- Ibu bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)
Dokumen Yang Diperlukan
Pemohon perlulah kemukakan borang permohonan bersama dokumen yang diperlukan seperti berikut :
- Salinan Sijil lahir / MyKid Anak
- Salinan MyKad Ibu
- Salinan MyKad Bapa
- Salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Kematian / sijil Cerai (jika berkaitan)
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Gaji Ibu
- Salinan Slip Gaji / Surat Akuan Pengesahan Gaji Bapa
- Cop Pengesahan Taska Tempat Anak Belajar (Perlu dicop pada borang permohonan)
- Pemohon yang bukan kelahiran Selangor perlu sertakan dokumen tambahan iaitu
- Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah Ibu
- Cop Pengesahan Bermastautin (Perlu dicop pada borang permohonan)
- Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa
Cara Memohon
Untuk makluman, tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.
Contohnya permohonan manfaat bulan Mac 2022 wajib dihantar sebelum 15 Mac 2022. Ini juga berlaku untuk bulan-bulan berikutnya.
- Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut :
Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar
- Tekan pada Permohonan Online, masukkan nombor kad pengenalan ibu / bapa / penjaga dan klik Semak.

- Jika nama tiada dalam rekod, klik Pendaftaran Baru.

- Isikan maklumat selengkapnya kemudian tekan Daftar

- Borang pendaftaran online yang siap diisi bersama dokumen yang disenaraikan bolehlah dihantar ke alamat seperti berikut :
Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),
Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,
Lot 4, Jalan Platinum 7/52 Seksyen 7,
Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Nota : Penghantaran dokumen perlulah dilakukan dalam tempoh 2 minggu tarikh pendaftaran online dilakukan.
Maklumat Lanjut
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi talian 03 5481 8800 atau hantarkan emel di [email protected]