Bantuan TAPEM : Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi Anak Melaka

Bantuan TAPEM bagi bantuan insitusi pengajian tinggi anak Melaka 2022 merupakan bantuan untuk meringankan beban keluarga untuk anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi dalam bidang Diploma/Ijazah/Sarjana dan Phd.

Permohonan adalah dibuka sepanjang tahun

Anak Melaka yang mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke insitusi pengajian tinggi berkelayakan dan berminat untuk memohon bantuan TAPEM ini adalah di alu-alukan untuk membuat permohonan.

Pelajar mengikuti pengajian separuh masa di IPT yang tersenarai dalam tajaan TAPEM serta pelajar-pelajar yang mengikuti Pengajian Jarak Jauh (PJJ) juga layak untuk memohon.

Apa Itu Bantuan TAPEM

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka ditubuhkan dengan kelulusan MMKN Bil 1/2000 yang bersidang pada 5 Januari 2000. Tabung ini berfungsi dibawah Arahan Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka Akta Acara Kewangan 1957 (Pindaan 1972) Arahan Seksyen 10. Pengerusinya ialah YAB Ketua Menteri Melaka.

Tabung ini menggabungkan dua badan agensi negeri iaitu Yayasan Melaka dan Majlis Agama Islam Melaka. TAPEM befungsi untuk mengurus dan mentadbir tabung bantuan atau pinjaman iaitu:

  • Pinjaman Wang Pengajian Tinggi (PWPT)
  • Bantuan Institusi Pengajian Tinggi
  • Biasiswa Pelajar Sekolah Menengah (BK/BI)
  • Bantuan Persekolahan Pelajar Sekolah Rendah
  • Anugerah Sekolah Cemerlang dan Pelajar Cemerlang

Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi Melaka TAPEM

bantuan tapem 2022

Bantuan Institusi Pengajian Tinggi bertujuan untuk membantu anak-anak Melaka melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi di IPT yang tersenarai dalam tajaan TAPEM

Kadar Bantuan Institusi Pengajian Tinggi TAPEM

Bantuan akan diberikan secara one-off. Dan kadar bayaran adalah mengikut peringkat pengajian seperti berikut :

Peringkat Pengajian dan Amaun

  • DIPLOMA ~RM 300.00
  • IJAZAH     ~RM 400.00
  • SARJANA ~RM 400.00
  • PHD         ~ RM 400.00

Syarat Kelayakan Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi TAPEM

  1. Pemohon lahir di negeri Melaka dan
  2. Ibu atau bapa pemohon lahir di negeri Melaka dan
  3. Bermastautin di Negeri Melaka dan
  4. Pengundi di Negeri Melaka.
  5. Telah diterima masuk ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT).
  6. Permohonan boleh dibuat bagi kemasukan kali pertama untuk setiap satu tahap pengajian sahaja.
  7. Permohonan hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh pendaftaran di IPT.
  8. Pemohon layak dipertimbangkan jika ibu bapa (BUKAN LAHIR DI MELAKA) merupakan penjawat awam atau anggota pasukan beruniform  telah berkhidmat  dan telah  bermastautin lebih 10 tahun di negeri Melaka serta disahkan oleh Majikan  dan Pegawai Kerajaan (Gred 41 ke atas) /Pengerusi JAPERUN / Penghulu /Sidang.
  9. Pemohon yang ibu bapanya bukan warganegara Malaysia tidak layak dipertimbangkan.
  10. Permohonan Yang Tidak Lengkap Dan Tidak Mengikut Syarat, Permohonan Tidak Di Pertimbangkan.

Dokumen Yang di Perlukan

Salinan dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dan dikepilkan sekali dengan borang permohonan.

  •  Salinan Kad Pengenalan/MyKad pemohon.
  • 1 Salinan Sijil Lahir pemohon.
  • 1 Salinan Kad Pengenalan ibu bapa pemohon.
  • 1 Salinan Sijil sekiranya Ibubapa  yang bercerai, meninggal dunia dan Ibu atau Bapa tiri (1 Salinan Sijil Nikah)
  • 1 Salinan Surat Tawaran Kemasukan Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta mempunyai tarikh pendaftaran ke masukan IPT
  • 1 Salinan Buku Akaun/Penyata Bank/Surat Pengesahan Pembukaan Akaun pemohon.
    • Bank yang aktif sahaja
    • Akaun Bersama tidak dibenarkan.
    • Pastikan nama dan nombor akaun jelas.
  • 1 Salinan sijil berhenti sekolah rendah dan 1 salinan sijil berhenti sekolah menengah pemohon.
  • 1 Salinan bidang pengajianyang mempunyai PENDAFTARAN MALAYSIAN QUALIFICATIONS AGENCY  (MQA),

Cara Memohon Bantuan TAPEM

  • Permohonan boleh dibuat secara atas talian di https://tapemonline.melaka.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi secara atas talian perlu dicetak dan dihantar bersama dokumen sokong ke pejabat TAPEM.
  • Borang permohonan TAPEM, juga boleh didapati di pejabat TAPEM pada waktu pejabat. Sila bawa bersama surat tawaran IPT untuk rujukan.
  • Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar kepada ;

borang permohonan tapem

Pengurus Besar, Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka,

No.34-4 Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang, Lebuh Ayer Keroh,

Hang Tuah Jaya, 75450 Melaka.

(No. Telefon : 06-333 3333 sambungan 7550/7554)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung bantuan TAPEM atau bantuan pengajian tinggi Melaka anda boleh hubungi ;

Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka TAPEM

No 34-4, Tingkat 4, Bangunan Kota Cemerlang
Hang Tuah Jaya, 75450 Lebuh Ayer Keroh
Melaka

Baca juga :

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!