Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka 2022 B40 Semua Agama

Terkini, Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka 2022 iaitu Musa’Adah Alakhirah kepada waris arwah / si mati yang berpendapatan di bawah RM5110.00 (Golongan B40) yang ingin memohon bantuan pengurusan jenazah meliputi Rakyat Negeri Melaka yang berbangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Bantuan ini merupakan inisiatif kerajaan Melaka untuk meringan tanggungan waris keluarga arwah/ si mati menguruskan jenazah

Tarikh Permohonan

bantuan pengurusan jenazah melaka 2022

Permohonan terakhir yg diterima bagi tarikh kematian arwah/si mati ialah sebelum atau pada 31 Disember 2022. Permohonan bantuan ini selepas tarikh tersebut tidak diterima

Syarat Kelayakan

  • Permohonan bantuan ini diberikan kepada golongan B40 pendapatan kurang RM5110.00
  • Permohonan hendaklah disertakan sekali salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ)
  • Permohonan hanya SEKALI sahaja utk setiap kematian sekeluarga yang telah meninggal dunia dlm tahun 2022
  • Arwah / si mati adalah anak Negeri Melaka ATAU arwah/si mati telah bermastautin di Negeri Melaka sekurang-kurangnya 5 tahun
  • Dikebumikan dlm Negeri Melaka sahaja.
  • Waris yg menuntut hendaklah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.
  • Tuntutan hendaklah dibuat sebelum dalam tempoh 6 bulan daripada tarikh kematian.

Dokumen di Perlukan

  • Salinan pendapatan ATAU akaun pendapatan arwah/ si mati yg telah disahkan oleh Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) / Setiausaha Japerun (SUJ)
  • Salinan kad pengenalan dan salinan penyata bank waris. Waris yg menuntut hendaklah memberikan 1 salinan Kad Pengenalan waris & salinan penyata bank bagi waris yg menuntut.

Cara Permohonan Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka  

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarangan kemusykilan dan pertanyaan mengenai Bantuan Pengurusan Jenazah Melaka Musa’Adah Alakhirah, boleh rujuk JPKK kawasan atau Japerun atau layari website https://www.melaka.gov.my/

Sumber : Fb Keluarga DUN Gadek 07

Baca juga bantuan-bantuan lain kerajaan negeri Melaka ;

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!