Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation (YJC)

Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation (YJC) 2022 boleh dibuat sebelum tarikh tutup permohonan pada 30 September 2022. YJC menawarkan bantuan pendidikan kepada pelajar yang layak dan memenuhi kriteria bagi kategori sijil , Diploma, Ijazah Sarjana Muda Dan Sarjana.

Tawaran ini dibuka kepada para pelajar lepasan SPM, STPM, Diploma yang akan melanjutkan pelajaran ke universiti bagi tahun 2022. Bantuan pendidikan  yang ditawatkan Yayasan Johor Corporation ini adalah untuk menampung kos perbelanjaan kemasukan atau pendaftaran awal ke peringkat IPT.

Apa Itu Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation

Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation 2022

Bantuan Pendidikan adalah inisiatif  berupa bantuan yuran persediaan awal ke Institusi Pengajian Tinggi (IPT). Sumbangan yang diberikan adalah berbentuk wang tunai (one-off).

Segala permohonan yang diterima akan dibentangkan melalui Jawatankuasa Sumber & Penyaluran Dana Pendidikan Yayasan Johor Corporation.

Objektif

Membantu meringankan bebanan kewangan ibu bapa/penjaga terhadap tanggungan yuran pengajian pemohon. Membela nasib pelajar agar mereka dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tanpa sebarang kesulitan.

Tarikh Tutup Permohonan

30 September 2022.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan bagi permohonan bantuan pendidikan YJC ini adalah seperti berikut ;

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Permohonan Kali Pertama (Sekali Sahaja).
  3. Pendapatan Isi Rumah :
    • Purata pendapatan isi rumah RM800 dan ke bawah dengan mengambil kira tanggungan anak yang masih belajar di bawah 22 tahun, Ibu Bapa yang tidak bekerja dan anak OKU atau,
    • Pendapatan Ibu Bapa di bawah RM4,000 (B40)
  4. Anda menyambung pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang diiktiraf oleh Kerajaan dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia sahaja.
  5. Tawaran pengajian adalah sepenuh masa sahaja.
  6. Setiap dokumen yang dilampirkan MESTI disahkan oleh mana-mana pegawai yang diberi kuasa sahaja:-
    • Ketua Kampung
    • Penghulu
    • Pegawai Kerajaan Gred 41 & ke atas
  7. Pemohon melengkapkan borang permohonan dengan maklumat yang lengkap dan benar

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen-dokumen berikut perlu disertakan dalam bentuk salinan digital  (format pdf / jpg / jpeg sahaja)*dan di muat naik semasa mengisi borang permohonan online. Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut ;

  • Salinan akaun bank pemohon
  • Salinan surat berkenaan sekiranaya ada menerima bantuan daripada agensi/yayasan lain salinan
  • Kad pengenalan pemohon
  • Sertakan borang kemasukan ke institusi pengajian tinggi

Sila sertakan Slip Gaji Ibu, Bapa atau Penjaga dalam satu lampiran. Jika tiada slip gaji, sila sertakan surat pengesahan daripada pegawai yang diberi kuasa. (Contoh: Ketua Kampung/Penghulu/Pegawai Kerajaan Gred 41 ke-atas)

Cara Permohonan Bantuan Pendidikan Yayasan Johor Corporation

Bantuan hanya boleh dimohon secara online dengan mengikuti langkah-langkah berikut ;

  1. Isi borang permohonan online dengan layari laman web http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar.
  2. Seterusnya Klik butang “Daftar Sekarang.”
  3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  4. Muat naik dokumen yang diperlukan.
  5. Klik butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan tersebut.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai bantuan pendidikan yayasan johor coporation anda boleh layari website http://yjcsys.yayasanjcorp.com.my/Main/pelajar , facebook Yayasan Johor Coperation https://www.facebook.com/yayasanjohorcorporation

Waktu Operasi:

Ahad – Khamis : 8:00 A.M – 5:15 P.M
Jumaat, Sabtu & Cuti Umum : Tutup

Alamat:

Tingkat 18, Menara KOMTAR, Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor

No Telefon:

+607-219 2692

Emel:[email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!