Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka Fasa 2 2022

Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan negeri Melaka fasa 2 2022 telah dibuka. Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu). Kerajaan Negeri Melaka telah mengumumkan satu insentif kepada golongan ibu tunggal di Negeri Melaka bagi membantu meringankan beban mereka

Borang Permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal Kerajaan Negeri Melaka

Sehubungan dengan itu, permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal ini boleh dilakukan dengan mengisi borang permohonan yang boleh didapati bermula esok di :

borang bantuan khas ibu tunggal kerajaan negeri melaka

  1. Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka Aras 15, Menara Persekutuan, Jln Persekutuan, 75450 Ayer Keroh, Melaka
    • Waktu Operasi
      • Isnin – Khamis
        • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
        • 2.00 Petang – 5.00 Petang
      • Jumaat
        • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
        • 2.45 petang – 5.00 petang
  2. Pejabat Pembangungan Wanita Negeri Melaka, KPWKM Aras 1, Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka, 75300 Melaka
    • Waktu Operasi
      • Isnin – Khamis I Sabtu & Ahad
        • 8.00 Pagi – 1.00 Petang
        • 2.00 Petang – 5.00 Petang
      • Jumaat
        • 8.00 pagi – 12.15 tgh hari
        • 2.45 petang – 5.00 petang

Kategori Pemohon

Perempuan (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) bagi kategori :

  • a. Ibu yang telah diceraikan secara hidup atau mati dan masih mempunyai tanggungan atau tidak;
  • b. Mempunyai suami tidak berupaya untuk bekerja disebabkan sakit terlantar atau Orang Kelainan Upaya (OKU) yang tidak berkemampuan untuk bekerja atau banduan; atau
  • c. Ibu tunggal yang mempunyai anak angkat beserta dokumen pengangkatan yang sah

Syarat Kelayakan

Berikut syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini;

  1. Pemohon merupakan warganegara Malaysia dan menetap (tinggal) di Melaka; dan
  2. Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah (KIR) seperti dalam tafsiran definisi Ibu Tunggal; dan
  3. Mempunyai pendapatan seisi rumah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) iaitu sebanyak RM1, 289.00 atau RM 337.00 per-kapita.

Tarikh Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Ogos 2022 (Rabu). Borang permohonan ini perlulah dikembalikan semula ke pejabat ini sebelum atau pada tarikh tutup

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan khas ibu tunggal kerajaan negeri melaka, anda boleh hubungi ;

Pejabat Pembangunan Wanita Negeri Melaka
Aras 15, Menara Persekutuan
Jalan Persekutuan
MITC Ayer Keroh
75450 Melaka

Facebook : https://www.facebook.com/ppwnmelaka15


Tel : 06 -2310334
Fax : 06 – 2310473
Emel: [email protected]y

Baca juga : Bantuan TAPEM : Bantuan Insitusi Pengajian Tinggi Anak Melaka

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!