Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Kerajaan

Syukur, bantuan khas Aidilfitri 2023 bagi Penjawat Awam dan Pesara termasuk dalam belanjawan 2023. Itulah antara komen sebahagian penjawat awam dan pesara kerajaan selepas mendengar pengumuman Perdana Menteri baru sahaja membentangan Belanjawan 2023.

Pengumuman ini adalah antara perkara yang amat dinanti-nanti oleh kebanyakan rakyat Malasyia.

Ianya juga adalah salah satu penilaian rakyat terhadap kerajaan perpaduan yang baharu.

Untuk mengetahui apakah senarai bantuan dan juga inisaitif yang akan di berikan oleh kerajaan perpaduan yang telah dibentuk di bawah kepimpinan YAB Dato Sri Anwar Ibrahim sekalu Perdana Menteri Malaysia Ke-10 dan juga selaku Menteri Kewangan di dalam Belanjawan 2023.

Dalam ucapan beliau sebentar tadi, Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa Kerajaan bersetuju untuk memberi Bantuan Khas Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 dan ke bawah termasuk kakitangan di bawah skim Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah MySTEP.

Kerajaan juga bersetuju untuk memberi bantuan khas sebanyak RM350 kepada Pesara Kerajaan. Pembayaran bagi bantuan khas ini akan dibuat pada bulan April. (Menurut pemerhatian FUH.my seperti tahun-tahun sebelumnya, tarikh bayaran kebiasanaya akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji penjawat Awam iaitu pada 25 April 2023).

Kerajaan bersetuju memberikan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM700 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023 berkata, sebanyak RM350 juga akan disalurkan kepada pesara kerajaan untuk tujuan sama. “Dalam kita melangkah ke bulan Ramadan serta bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam, kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri

Untuk makluman, Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri bagi tahun 2023 ini dinaikkan kepada RM700 berbanding RM500 pada tahun 2022

Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam & Pesara Dalam Belanjawan 2023

bantuan khas aidilfitri 2023

Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2023 pada tahun ini dibuat lebih awal sebagai salah satu langkah keprihatinan Kerajaan dalam membantu mereka membuat perancangan awal dan persiapan bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Pemberian ini sudah tentunya dapat melegahkan sedikit penjawat awam, tertutamaya yang mempunyai anak yang akan mula bersekolah pada Mac 2023.

Sudah tentunya akan memerlukan perbelanjaan yang lebih berikutan musim persekolahan dan hari raya yang berturutan.

Pemberian ini juga adalah sebagai imbalan pihak kerajaan sangat menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat Malaysia tanpa berbelah bagi.

Kerajaan berharap dengan pemberian Bantuan Khas ini dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi.

Jumlah Bantuan Khas Aidilfitri 2023

Jumlah bantuan khas yang akan diberikan adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam: RM700.00
  • Pesara Awam: RM350.00

Kategori Penjawat Awam

Kategori penjawat awam yang bakal menerima bantuan khas ini adalah seperti berikut:

  • Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
  • Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
  • Pegawai Sambilan Harian.
  • Lantikan di bawah MySTEP.

Selain itu juga, insentif lain yang diberikan kerajaan kepada penjawat awam iaitu ;

  • Meneruskan cadangan menaikkan kebenaran penebusan awal GCR sehingga 50% iaitu maksimum 90 hari
  • Subsidi yuran taska RM180 sebulan dan had kelayakan dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM7,000

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau ingin mengetahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Khas Aidilfitri 2023 Penjawat Awam dan Pesara Kerajaan ini, anda boleh layari

Laman rasmi Kementerian Kewangan: https://budget.mof.gov.my/ms/

Soalan Lazim F.A.Q

Bilakah Bantuan Khas Aidilfitri 2023 penjawat awam dan pesara akan dibayar?

Bayaran akan dibuat pada April 2023

Berapakah jumlah bantuan Khas Aidilifitri 2023?

Penjawat Awam: RM700.00
Pesara Awam: RM350.00

Siapakah yang layak menerima bantuan ini?

i.Penjawat Awam Gred 56 dan ke bawah.
ii.Kakitangan di bawah Skim Contract of Service.
iii.Kakitangan di bawah Skim Contract for Service.
iv.Pegawai Sambilan Harian.
v.Lantikan di bawah MySTEP

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!