Program Bantuan Kad Perak Sejahtera 2023

Bantuan Kad Perak Sejahtera

Sukacita dimaklumkan bahawa bantuan Kad Perak Sejahtera kini dibuka. Dahulunya dikenali sebagai Kad Perak Prihatin, inisiatif ini merupakan salah satu program bantuan di bawah Program Perak Prihatin.

Inisiatif yang melibatkan peruntukan sehingga RM 25.2 juta ini sekaligus membuktikan komitmen tinggi kerajaan negeri dalam menjaga kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutamanya golongan B40.

Ikuti perkongsian kami untuk ketahui dengan lebih lanjut mengenai bantuan yang ditawarkan.

Baca Juga : Permohonan Tabung Simpanan Pendidikan Anak Perak RM200

Apa Itu Program Kad Perak Sejahtera?

Program Kad Perak Sejahtera dilancarkan bagi mengurangkan kos sara hidup dan memudahkan rakyat mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan dan pembelian barangan asas.

Penerima bantuan yang berkelayakan boleh mendapatkan penjagaan kesihatan asas di klinik panel dan membeli barangan asas di kedai dan pasar raya berdaftar tanpa tunai.

Program yang telah dilaksanakan di bawah Program Perak Prihatin sejak 2019 ini telah menyaksikan lebih 17,000 penerima manfaat di negeri tersebut.

 Bagi memastikan kebajikan rakyat, inisiatif ini digiatkan lagi dengan penerimaan bantuan yang dipertingkat kepada 20,000 penerima pada tahun 2020 dan 2021.

Manfaat Program

Kelebihan yang bakal dinikmati oleh penerima adalah seperti berikut :

Bagi pemegang Kad Perak Sejahtera, mereka akan memperoleh manfaat makanan sebanyak RM90.00, telah dinaikkan daripada RM80.00 sebulan daripada sebelum ini.

Jumlah ini telah berkuatkuasa Januari 2023.

Pada bulan Februari 2023 pemegang kad ini akan menerima wang yang akan dimasukkan kedalam kad sebanyak RM100.00 sahaja, ini kerana jumlah baki RM10.00 yang tidak dimasukkan kedalam kad pada Januari 2023.

Pada bulan Mac 2023 penerima bantuan Kad Perak Sejahtera akan menerima wang yang akan dimasukkan ke dalam kad seperti biasa iaitu RM90.00 sahaja.

Bagi penggunaan manfaat kesihatan masih kekal iaitu RM75.00 untuk setiap kali rawatan.

Manakala had pembiayaan kesihatan adalah RM150.00 setahun.

Semakan Kelayakan

Anda boleh semak kelayakan anda untuk permohonan Kad Perak Sejahtera dengan memasukkan kad pengenalan anda di pautan berikut :  https://member.perakprihatin.com/site/login

Pengaktifan Kad Perak Sejahtera

Sebelum menggunakannya, pengguna perlu mengaktifkan kad terlebih dahulu.

Anda boleh mengaktifkan kad secara online di pautan berikut https://kiplepay.com/cards/card-activation/pp

Bantuan Kad Perak Sejahtera

Cara Penggunaan

Berikut merupakan prosedur bagi penggunaan kad ini.

Bantuan Kad Perak Sejahtera

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai status permohonan bantuan Kad Perak Sejahtera, sila hubungi Pusat panggilan perkhidmatan di talian 1800 22 6600 atau Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Negeri Perak (Wanita Perak) di talian 05-526 9829 atau emel ke [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!