Bantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor

Bantuan Insentif Sektor Pelancongan 2022 Negeri Johor ~ Sukacita dimaklumkan permohonan bagi Bantuan Insentif Sektor Pelancongan Johor kini dibuka. Insentif ini diwujudkan oleh Kerajaan negeri Johor melalui Tourism Johor kepada petugas pelancongan di negeri tersebut.

Menerusi insentif ini, bantuan akan diberikan secara one-off kepada empat kategori yang layak dalam sektor pelancongan iaitu :

  • Pemandu pelancong yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Negeri Johor,
  • Pengusaha Hotel Bajet yang telah berdaftar sebagai Ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia (MyBha) Negeri Johor.
  • Syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di Negeri Johor dan berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Johor.
  • Pengusaha homestay yang berdaftar dengan Pejabat Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) negeri Johor dan Persatuan Homestay negeri Johor.
bantuan insentif sektor pelancongan

Syarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pemandu Pelancong

  1. Pemohon perlulah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan ahli persatuan yang berdaftar.
  2. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
  3. Warganegara Malaysia yang menetap di negeri Johor.
  4. Pemohon mestilah pemandu pelancong yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan senarai tugasan pemandu pelancong beserta tarikh, lokasi, bilangan pelancong dan syarikat / agensi yang terlibat sepanjang tahun 2021.
  6. Pemohon wajib menghadiri Latihan Pemerkasaan yang dianjurkan oleh Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
  7. Pemohon lengkap 2 dos vaksinasi di Aplikasi MySejahtera.
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
bantuan insentif sektor pelancongan

Syarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pengusaha Hotel Bajet (MyBha JOHOR)

  1. Pengusaha hotel perlulah berdaftar sebagai ahli Persatuan Hotel Bajet Malaysia Negeri Johor.
  2. Pemohon mestilah hotel bajet yang beroperasi di negeri Johor.
  3. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
  4. Pemohon mestilah mengemukakan laporan jumlah penginap di hotel sepanjang tahun 2021.
  5. Pemohon mestilah mengemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
  6. Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan 2022 anjuran Tourism Johor dan mengemukakan sijil penyertaan.
  7. Pemohon telah lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
bantuan insentif sektor pelancongan

Syarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Syarikat Agensi Pelancongan

  1. Mestilah berdaftar dengan Pejabat MOTAC Johor dan dilesenkan oleh PBT.
  2. Pemohon mestilah syarikat agensi pelancongan yang beroperasi di negeri Johor.
  3. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
  4. Pemohon mestilah agensi pelancongan yang mempromosi dan membawa pelancong ke negeri Johor sahaja.
  5. Pemohon mestilah kemukakan laporan jumlah jualan sepanjang tahun 2021.
  6. Pemohon mestilah kemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di aplikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
  7. Pemohon wajib hadiri Latihan Pemerikasaan anjuran Tourism Johor.
  8. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.
bantuan insentif sektor pelancongan

Syarat-Syarat Permohonan Bagi Kategori Pengusaha Homestay

  1. Pengusaha mestilah berdaftar dengan Persatuan Homestay negeri Johor.
  2. Pemohon mestilah berdaftar dengan ahli persatuan yang diiktiraf di negeri Johor.
  3. Pemohon mestilah merupakan pengusaha yang beroperasi di negeri Johor.
  4. Permohonan mestilah lengkap dengan dokumen sebagaimana ditetapkan dan dihantar kepada persatuan yang berdaftar.
  5. Pemohon mesti kemukakan laporan jumlah penginap di homestay sepanjang tahun 2021.
  6. Pemohon mestilah kemukakan 5 pakej pelancongan Johor 2022 di palikasi Johor Tourism Interchange (JTI).
  7. Pemohon WAJIB menghadiri Latihan Pemerkasaan anjuran Tourism Johor dan mengemukakan salinan sijil penyertaan.
  8. Pemohon perlu lengkap 2 dos vaksinasi di aplikasi MySejahtera.
  9. Permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan melalui persatuan-persatuan yang berkenaan sebelum 8 Mac 2022.

Cara Memohon

Pemohon yang berminat hendaklah mengisi borang permohonan dengan lengkap dan memenuhi syarat-syarat permohonan.

Borang boleh didapati menerusi pautan seperti berikut :

PERMOHONAN BANTUAN INSENTIF ONE-OFF

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup bagi setiap kategori permohonan Bantuan Insentif Pelancongan Johor adalah pada hari Selasa, 8 Mac 2022.

Borang permohonan yang telah lengkap dengan syarat-syarat sebagaimana ditetapkan hendaklah dihantar kepada Pengerusi Persatuan bagi setiap kategori.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Tourism Johor di talian 07-2249960.

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!