FUH » Bantuan » Terkini Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK Untuk Anak Sabah

Terkini Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK Untuk Anak Sabah

bantuan ihsan komputer 2.0 baik

Khas untuk anak Sabah Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK untuk tahun 2022 diteruskan lagi. Kerajaan Negeri Sabah meneruskan insiatif ini untuk membantu kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.

Untuk tujuan ini kerajaan negeri Sabah memperuntukkan sejumlah RM15 juta. Pada tahun lalu, seramai 10,000 orang pelajar SPM,STPM dan STAM yang memerlukan telah menerima bantuan komputer riba

Apa Itu Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK

bantuan ihsan komputer 2.0 baik 2.0

Program yang diperkenalkan Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diteruskan tahun ini dengan pemberian sebanyak 1,000 unit laptop kepada pelajar B40 di negeri ini.

Pemberian itu adalah bagi memudahkan para pelajar menjalani sesi pembelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) awam dan swasta.

Pada tahun ini, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri telah meluluskan peruntukan untuk 1,000 komputer kepada pelajar-pelajar kita di IPT awam dan swasta.

Syarat Kelayakan

Syarat-syarat kelayakan untuk permohonan bantuan ini adalah seperti berikut;

  • Permohonan terbuka kepada pelajar-pelajar IPT berstatus Bumiputera berasal dari Sabah yang memerlukan komputer untuk tujuan pembelajaran.
  • Satu komputer hanya untuk satu Ketua Isi Rumah (KIR) sahaja.
  • Ibu dan bapa atau penjaga dalam golongan e-Kasih.
  • Calon perlu berikan justifikasi keperluan komputer riba

Cara Permohonan Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK

  • Atau scan kod qr pada gambar iklan
  • Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  • Pastikan semua maklumat diisi dengan betul.
  • Muat naik dokumen yang diperlukan.
  • Klik butang ‘Submit’ untuk menghantar permohonan

Dokumen Yang diperlukan

Pastikan ketika anda mengisi permohonan, sertakan sekali salinan dokumen seperti berikut ;

  • Salinan kad pengenalan ibu bapa dan pemohon.
  • Salinan slip gaji/pengesahan pendapatan ibu bapa.
  • Salinan tawaran dan pengesahan pelajar daripada IPTA/S

Permohonan yang tidak lengkap tidak akan diproses

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai Bantuan Ihsan Komputer 2.0 BAIK, sila layari website https://mttk.sabah.gov.my/ atau hubungi Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas di talian 088-369897

Leave a Comment

Your email address will not be published.

Scroll to Top