Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Permohonan bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023 telah dibuka. Ianya merupakan satu Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) Daerah Baling tahun PPKB 2023.

Tujuan program ini  dilaksanakan adalah bagi membantu kumpulan B40 yang menetap di kawasan PBT Daerah Baling mengurangkan beban tanggungan keluarga miskin di bandar, meningkatkan keupayaan dan kualiti hidup keluarga miskin di bandar demi kesejahteraan komuniti dalam kontek kemakmuran bersama.

Terdapat 8 mukim di daerah Baling iaitu Mukim Siong,Mukim Bongor,Mukim Baling,Mukim Pulai,Mukim Kupang,Mukim Tawar,Mukim Teloi Kanan dan Mukim Bakai. Daripada 8 buah mukim di daerah Baling ini terdapat lebih kurang 200 buah kampung

Permohonan Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Bantuan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023

Tarikh permohonan :- 1 November 2022

Tarikh tutup permohonan :- 27 Disember 2022 (Selasa)

Bagi ketua isi rumah yang menetap di kawasan Daerah Baling yang ingin memohon bantuan ini, berikut merupakan syarat dan kriteria permohonan ;

  • Warganegara Malaysia;
  • KIR yang menetap dalam kawasan operasi PBT sahaja;
  • KIR yang disahkan status kemiskinan dalam Sistem eKasih sama ada Kumpulan B40, Miskin Tegar atau Miskin;
  • Bagi yang tidak berdaftar dalam Sistem eKasih, KIR hendaklah disahkan dalam Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Negeri atau Daerah;
  • Rumah daif di bandar yang mengalami kerosakan kecil disebabkan faktor usia atau musibah seperti kebakaran, banjir dan ribut;
  • Rumah masih boleh diduduki dan masih ekonomik untuk dibaiki

Dokumen Sokongan

Untuk melengkapkan permohonan, dokumen-dokumen sokongan berikut juga perlu disertakan bersama borang permohonan :

  • Salinan Kad Pengenalan Ketua Isi Rumah (KIR)
  • Gambar Penuh Rumah (dari luar)
  • Gambar Kerosakan (Sila nyatakan jenis kerosakan)

Borang Permohonan

Borang permohonan PPKB boleh di dapati melalui kaunter khidmat pelanggan Majlis Daerah Baling bermula ;

  • JAM 8.00 PAGI – 5.00 PETANG (AHAD-RABU)
  • DAN 8.00 PAGI – 3.30 PETANG (KHAMIS)

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Permohonan Baik Pulih Rumah Majlis Daerah Baling 2023 anda boleh hubungi nombor telefon 04-4701800 Unit Perhubungan Awam Dan Komunikasi Korporat Majlis Daerah Baling atau layari Facebook https://www.facebook.com/MDBALING/

Bagi rumah yang terlibat banjir, boleh cuba untuk mohon bantuan Rumah Kasih Keluarga Malaysia

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!