Senarai Lokasi ATM Duit Raya Maybank, Affin Bank, Ambank

Senarai Lokasi ATM Duit Raya Maybank, Affin Bank, Ambank (Tukar RM 10 & RM 50 Baharu di ATM)

Hari Raya akan tiba beberapa hari sahaja lagi. Sudahkah anda menukar duit raya di bank? Tak perlu risau untuk bersesak dan beratur panjang. Kini, anda boleh tukar wang kertas RM 10 dan RM 50 serba baharu di ATM terpilih.

Lebih mudah dan pantas! Ikuti perkongsian kami untuk ketahui mengenai kemudahan ini.

Baca Juga : Pengumuman Hari Raya Aidilfitri 2023 Malaysia – JAKIM

Cara Tukar Duit di Mesin ATM Duit Raya

Bagi tahun ini, terdapat beberapa bank yang menyediakan mesin ATM khas untuk pengguna menukar duit raya iaitu Maybank, Affin Bank dan Ambank.

Jom kita semak satu persatu kemudahan yang ditawarkan bagi setiap bank yang dinyatakan.

ATM Maybank

1. Untuk pengguna Maybank, pergi ke cawangan Maybank terpilih dan pilih mesin ATM yang mempunyai gambar ‘dapatkan wang kertas RM 10 di mesin ini’ untuk anda dapatkan duit raya baharu.

2. Seterusnya, tekan ‘pengeluaran’ dan pilih jumlah.

3. Jumlah maksimum yang anda boleh keluarkan adalah RM 300. Pilih jumlah yang diperlukan dan wang kertas wangi dan serba baharu akan keluar dari mesin tersebut.

4. Minta sampul raya daripada kaunter hadapan.

Senarai Lokasi Mesin ATM Duit Raya Maybank

Berikut disenaraikan lokasi mesin ATM Maybank di seluruh Malaysia yang menyokong penukaran wang kertas sempena Hari Raya bagi tahun 2023.

Untuk makluman, not kertas yang disediakan bagi setiap cawangan adalah RM 10 dan RM 50 sahaja.

ATM Duit Raya

ATM Ambank

Sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma tak lama lagi, Ambank juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan perkhidmatan pertukaran wang kertas RM 10 kepada pengguna mereka.

Berikut disenaraikan lokasi ATM Ambank yang menyediakan perkhidmatan ini.

Affin Bank

Berita baik untuk pengguna Affin Bank, anda boleh tukar duit raya bernilai RM 10 dan RM 50 di 109 cawangan Affin Bank dan Affin Islamic. Berikut disertakan senarai lokasi ATM Affin Bank :

ATM Duit Raya
ATM Duit Raya

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai perkhidmatan ATM Duit Raya bagi setiap bank, sila layari laman web rasmi bank seperti berikut :

Maybank : https://www.maybank2u.com.my/

Ambank : https://www.ambankgroup.com/

Affin Bank :  https://www.affinalways.com/

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!