Asuh Pintar 2023 : Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar

Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar (Asuh Pintar 2023) Untuk Warga Selangor ~ Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan bagi Bantuan Yuran Taska Skim Asuhan Anakku Pintar kini dibuka.

Skim ini diwujudkan oleh Yayasan Warisan Anak Selangor bagi membantu para ibu bapa meringankan beban dalam membayar yuran asuhan anak setiap bulan.

Ibu bapa yang memenuhi syarat kelayakan bakal menerima bantuan yuran Taska atau Nurseri bagi anak-anak berusia 4 tahun ke bawah. Bayaran yuran tersebut akan dibayar terus kepada TASKA atau Nurseri.

Kadar Bayaran

Jumlah bantuan RM 100 akan dibayar setiap bulan bagi setiap anak yang telah lulus permohonan dan terhad kepada 2 orang anak berumur 4 tahun ke bawah.

Baca Juga : Permohonan SPZAS 2022 : Sumbangan Pendidikan Zakat Anak Selangor

Senarai Taska Berdaftar

Ibu bapa boleh semak senarai Taska berdaftar di pautan di bawah :

Senarai Taska Berdaftar

Asuh Pintar 2023

Syarat-Syarat Kelayakan

Ibu bapa perlulah memenuhi syarat-syarat yang telah digariskan seperti berikut :

  • Pemohon mestilah warganegara Malaysia
  • Pemohon perlulah dilahirkan dan menetap di Selangor ; atau
  • Tidak dilahirkan di Selangor tetapi telah menetap secara sah di Selangor sekurang-kurangnya 5 tahun. Pengesahan perlulah didapati daripada Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan di mana pemohon menetap.
  • Pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM 5,000 ke bawah
  • Suami dan isteri bekerja
  • Anak berusia 4 tahun ke bawah
  • Bantuan terhad kepada 2 orang anak sahaja
  • Taska anak-anak perlulah berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  • Ibu bapa adalah pengundi berdaftar di SPR (Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia)

Dokumen Yang Diperlukan

Bagi permohonan Skim Asuh Pintar tahun 2020 dan ke atas, pendaftaran adalah secara atas talian(online) dan dokumen sokongan lengkap WAJIB disertakan adalah seperti berikut :

  1. Borang pendaftaran online yang dicetak dari sistem
  2. Salinan Sijil Lahir / Mykid Anak yang dipohon
  3. Salinan MyKad Ibu
  4. Salinan MyKad Bapa
  5. Salinan perakuan anak angkat / sijil Kematian / Sijil Cerai (Jika Perlu)
  6. Slip gaji ibu (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  7. Slip gaji bapa (pengesahan pendapatan bagi yang bekerja sendiri atau tidak bekerja / suri rumah)
  8. Bagi Pemohon bukan kelahiran Selangor
    – Cop pengesahan mastautin (bagi bukan kelahiran Selangor)
    – Salinan Bil Air / Bil Elektrik / TM / Astro / Muka Depan Buku Merah IBU
  9. Salinan pengesahan pendaftaran SPR bagi ibu dan bapa.

Cara Memohon

Untuk makluman, tarikh tutup permohonan Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar adalah pada 15 haribulan setiap bulan untuk melayakkan diri menerima manfaat bagi bulan tersebut.

Contohnya permohonan manfaat bulan Mei 2023 wajib dihantar sebelum 15 Mac 2023. Ini juga berlaku untuk bulan-bulan berikutnya.

  • Permohonan boleh dilakukan secara atas talian di pautan berikut :

Skim Bantuan Asuhan Anakku Pintar

  • Isikan nombor kad pengenalan untuk membuat semakan.
  • Sekiranya tiada dalam rekod, sila klik permohonan baharu
Asuh Pintar 2023
  • Isikan maklumat selengkapnya kemudian tekan ‘Daftar’.
Asuh Pintar 2023

Dokumen hendaklah dihantar dalam tempoh 2 minggu dari tarikh pendaftaran online dilakukan ke alamat berikut :

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS),

Aras 5, Kompleks Belia dan Kebudayaan Negeri Selangor,

Lot 4, Jalan Platinum 7/52 Seksyen 7,

Persiaran Kayangan, 40000 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan.

Nota : Sebarang kelewatan penghantaran dokumen tidak akan diproses dan dianggap tidak berjaya.

Semakan Permohonan

Semakan boleh dilakukan secara atas talian menerusi pautan berikut :

Semakan Permohonan Asuh Pintar (bagi permohonan tahun 2020 dan ke atas)

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai program Asuh Pintar 2023, sila hubungi talian 03 5481 8800 atau hantarkan emel di [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!