Aplikasi MyJPJ : Cara Daftar & Semak Paparan Digital LKM, LMM

Aplikasi MyJPJ

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi telefon MyJPJ.

Perkara ini diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook dalam satu sidang media.

“Menerusi inisiatif ini, Seksyen 20 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang mewajibkan LKM dilekatkan dan dipamerkan pada kenderaan tidak lagi akan dikuatkuasakan.

Rakyat kini hanya perlu tunjukkan lesen memandu dan cukai jalan secara digital sekiranya perlu,” kata Anthony Loke.

Beliau juga memaklumkan bahawa pelaksanaan digital itu akan berjalan secara berperingkat dengan fasa pertama melibatkan kenderaan persendirian individu, termasuklah motosikal milik warganegara.

Dengan pelaksanaan pendigitalan LKM dan LMM, Anthony berkata ia mampu menjumatkan sehingga RM 96 juta setahun.

Aplikasi MyJPJ

Baca Juga : Semakan No Plat Terkini JPJ Mengikut Negeri

Apakah Aplikasi MyJPJ?

MyJPJ merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan untuk semakan urusniaga berkaitan dengan JPJ.

Aplikasi MyJPJ

Fungsi Yang Ditawarkan Dalam Aplikasi MyJPJ

Antara fungsi yang terdapat dalam aplikasi ini adalah :

  • eLMM : Penyimpanan maklumat lesen memandu.
  • eLKM : Penyimpanan butiran insurans kenderaan dan maklumat cukai jalan.
  • Semakan nombor terkini yang ditawarkan oleh JPJ
  • Semakan keputusan ujian pengguna
  • Semakan saman
  • Pautan ke aplikasi bidaan nombor kenderaan (JPJeBid) dan aplikasi nombor giliran (JPJeQ)
  • Semakan mata demerit
  • Semakan senarai hitam kenderaan
  • Membuat aduan kesalahan jalan raya yang dilakukan oleh pengguna lain (eAduan@JPJ)
Aplikasi MyJPJ

Cara Log Masuk Aplikasi MyJPJ

  • Langkah pertama, anda perlu muat turun aplikasi MyJPJ menerusi Google Store, Apple Store atau Huawei App Gallery.
  • Login masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.

Panduan Mendaftar MyJPJ Untuk Pengguna Baharu

Untuk pengguna pertama kali, anda perlulah mendaftar akaun baharu berpandukan langkah berikut :

  • Isikan butiran yang diperlukan dan tick pada kotak pengesahan dan tekan hantar.
  • Popup ‘Telah berjaya disimpan’ akan keluar sekiranya pendaftaran anda berjaya.
  • Anda juga diminta untuk isi maklumat Soalan Keselamatan sekiranya anda terlupa kata laluan pada masa akan datang.
  • Tetapkan kata laluan mengikut kriteria yang diminta.
  • Kemudian, cuba log masuk semula aplikasi dengan ID Pengguna (nombor MyKad) dan kata laluan tadi.
  • Selain itu, pengguna juga boleh mendaftar menerusi laman Portal Awam JPJ di pautan : https://public.jpj.gov.my

Cara Reset Kata Laluan

  • Bagi yang sudah ada akaun dan lupa kata laluan, tekan butang ‘Terlupa Kata Laluan’.
  • Masukkan ID Pengguna dan alamat emel yang didaftarkan.
  • Pengguna akan menerima kod TAC untuk set semula kata laluan.
  • Sekiranya pengguna terlupa alamat emel yang didaftarkan pada akaun MyJPJ, pengguna boleh ke kaunter JPJ berhampiran untuk bantuan kemaskini akaun.

Cara Semak Paparan Digital di Aplikasi MyJPJ

Untuk semak butiran lesen memandu, klik butang Profil pada laman utama di bahagian bawah skrin untuk lihat paparan secara penuh.

Bagi semakan cukai jalan dan insurans kenderaan, tekan pada nombor plat kenderaan untuk lihat butiran.

Cara Kemaskini Gambar di Paparan Lesen MyJPJ

Setakat ini, urusan kemaskini gambar terkini hanya boleh dilakukan secara fizikal di kaunter JPJ berhampiran atau kaunter bergerak kenderaan JPJ mobile.

Kegunaan Kod QR Pada Paparan Lesen Digital

Penguatkuasa JPJ dan PDRM akan menggunakan kod QR untuk semakan dan penguatkuasaan undang-undang jalan raya terutamanya di kawasan yang tiada liputan internet.

Kod ini hanya boleh diakses oleh peranti khas yang dibekalkan kepada penguatkuasa JPJ atau PDRM sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan bantuan teknikal bila menggunakan aplikasi ini, sila hantarkan butiran aduan ke laman Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA)

Anda juga boleh semak senarai Soalan Lazim (FAQ) mengenai aplikasi MyJPJ di pautan berikut :

Soalan Lazim (FAQ) MyJPJ

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!