Apa Itu Sijil UEC Kesan Kepada Sistem Pendidikan Negara

Anda tahu apa itu Sijil UEC? Mengapa isu mengenainya sering menjadi perdebatan dan menjadi bahang dalam sistem pendidikan negara? Apakah kesan buruk UEC kepada Malaysia sekiranya ianya di iktiraf?.

Isu ini saban tahun menjadi perdebatan, dan sekali lagi kembali panas walaupun baru empat hari Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Ini kerana dalam manifesto Pakatan Harapan Bab 21 –Reformasi Pendidikan, Pakatan Harapan menetapkan untuk Sijil UEC di iktiraf dalam sistem pendidikan Malaysia sebagai syarat am kelayakan untuk memasuki institusi-institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dengan syarat pemohon memiliki kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di peringkat SPM. Untuk tujuan ini, sijil UEC akan dinilai agar setaraf dengan syarat am kelayakan sedia ada untuk kemasukan ke IPTA.

apa itu sijil uec

Untuk makluman ini bukan pertama kali, malah ianya turut menjadi manifesto pada pilihan raya umum ke 14 tahun 2018 oleh Pakatan Harapan (PH)

Ketahui Apa Itu Sijil UEC (Unified Examination Certificate)

Sijil Peperiksaan Bersama merupakan suatu peperiksaan yang dijalankan di Sekolah-sekolah Menengah Persendirian Cina di Malaysia.

Sijil yang diberikan bagi peperiksaan tersebut ialah Sijil Peperiksaan Bersama atau singkatanya dikenali sebagai “UEC” (Unified Examination Certificate). UEC pertama kali digunakan dan diadakan pada tahun 1975.

Sehingga tahun 2018 sahaja, UEC telah menjangkaui penggal yang ke-44. Jumlah kumulatif pelajar UEC adalah seramai 645,699 orang, antaranya meliputi 252,705 orang dari menengah tinggi, 384,356 orang dari menengah rendah, dan 8,638 orang dari teknik dan vokasional

Objektif UEC

Objektif utama penubuhan UEC oleh Persekutuan  Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia(Dong Zong)

  1. Untuk menyeragamkan pentaksiran pencapaian akademik bagi setiap Sekolah Menengah Persendirian Cina;
  2. Mewujudkan keadaan yang baik bagi pelajar lepasan Sekolah Menengah Persendirian Cina melanjutkan pelajaran dan mendapatkan peluang pekerjaan yang baik;
  3. Sebagai bukti pencapaian akademik bagi memohon kemasukan universiti tempatan dan institusi pengajian tinggi luar negara
  4. Bukti pencapaian akademik bagi memohon kerja di pasaran

UEC Vs SPM

spm vs uec

Terdapat tiga tahap dalam UEC, iaitu

  • Vokasional (UEC-V),
  • Junior (UEC-JML/JUEC) dan
  • Senior (UEC-SML/SUEC).

Bahasa Utama/Penghantar UEC

Bahasa Cina merupakan bahasa pengantar bagi kurikulum dan peperiksaan bagi UEC-V dan UEC-JML. Bahasa Cina atau Bahasa Inggeris merupakan bahasa pengantar bagi mata pelajaran Matematik, Sains (Biologi, Kimia dan Fizik), Simpan Kira, Akaun dan Perdagangan. Kesukaran UEC-SML adalah hampir sama dengan A-level kecuali Bahasa Inggeris.

Pelajar di Sekolah Tinggi Persendirian Cina belajar dari tiga tahap rendah (Junior) sehingga ke tiga tahap tinggi (Senior).

Setiap tahap mengambil masa selama satu tahun. Mereka tidak dibenarkan untuk belajar dalam tahap yang lebih tinggi jika gagal dalam peperiksaan sekolah, sebaliknya perlu mengulang.

Mereka yang gagal mara ke tahap yang lebih tinggi selepas belajar dalam tahap yang sama selama tiga tahun akan disingkirkan dari sekolah. Oleh itu, sesetengah pelajar mengambil masa yang lebih daripada enam tahun untuk menamatkan pelajaran di Sekolah Tinggi Persendirian Cina.

Pada akhir Junior 3, para pelajar perlu menduduki peperiksaan UEC-JML. Sesetengah pelajar juga akan menduduki peperiksaan PMR. UEC-JML lebih susah daripada PMR.

Seperti pelajar di sekolah menengah awam, pelajar di sekolah tinggi persendirian Cina juga akan dikategorikan kepada aliran Sains dan aliran Perdagangan/Sastera bermula Senior 1.

Pada akhir Senior 2, sesetengah pelajar menduduki peperiksaan SPM. Mereka mungkin meninggalkan sekolah selepas SPM.

Sesetengah pelajar pula menyambung pelajaran ke Senior 3. Pada akhir Senior 3, mereka akan menduduki peperiksaan UEC-SML.

UEC-SML telah diakui sebagai kelayakan kemasukan banyak universiti luar negara seperti Singapura, Australia, Taiwan, China dan sesetengah negara Eropah tetapi tidak diakui oleh kerajaan Malaysia sebagai kelayakan kemasukan ke universiti-universiti awam Malaysia.

Akan tetapi, kebanyakan kolej persendirian mengakui UEC. Pada Mei 2004, kerajaan Malaysia mewajibkan pelajar-pelajar yang menggunakan kelayakan kemasukan yang selain daripada SPM perlu lulus dalam kertas Bahasa Malaysia SPM. Ini menyebabkan banyak bantahan.

Bahasa Utama/Penghantar SPM

Bahasa Malaysia, merupakan bahasa utama yang diguna pakai

Pelajar akan menduduki dua tahun, iaitu tingkatan 4 dan lima untuk belajar semua subjek dan silibus yang terdapat dalam peperiksaan SPM

Pelajar wajib LULUS subjek Bahasa Melayu untuk meneruskan pengajian ke peringkat STPM/Diploma/A-Level/Ijazah

Pelajar yang gagal subjek Bahasa Melayu perlu menduduki semula peperiksaan sebagai calon persendirian

UEC Diiktiraf 2021?

apa itu uec

Walaupun kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Pendidikan Malaysia tidak mengeluarkan kenyataan secara terus mengenai pengiktirafan sijil UEC, tetapi satu iklan pengambilan guru seolah-olah telah mengiktiraf sijil tersebut melalui satu iklan di Facebook Kementerian Pendidikan Malaysia

Pengambilan khas calon guru bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Fasa 2 dan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Lepasan SPM yang mempunyai Sijil Menengah Agama (SMA) Atau Sijil Menengah Ugama (SMU) dan Sijil Unified Examination Certificate Unified (UEC) bagi tahun 2021.

Keburukan UEC

  • Pengiktirafan Sijil UEC tidak adil kepada mereka yang sedang dan telah mengikuti sistem pendidikan kebangsaan yang sedia ada.
  • pelaksanaan UEC dibimbangi akan mewujudkan dwi-standard dalam sistem pendidikan negara dan boleh menghakis identiti kebangsaan di Malaysia
  • Pengiktirafan Sijil UEC adalah tidak selaras dengan dengan Akta Pendidikan 1996, Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Kurikulum Kebangsaan
  • UEC kerana ia dilihat bercanggah dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pengajaran, kurikulum dan peperiksaan UEC yang ditadbir oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia atau Dong Zong adalah di luar kawalan dan pemantauan kerajaan. Mereka menentukan sendiri kurikulum, silibus dan buku teks yang diguna pakai

Apa Itu Sijil UEC -Kritikan dan Isu Mengenai Pengiktirafan

   
Perkara   
   
Pertikaian   
   
Sejarah   

UEC dikatakan lebih menonjolkan kewujudan hubungan Melaka
dengan pengaruh Dinasti Ming (1368 -1644) bukanya menyentu
tentang kegemilangan kerajaan Melayu Melaka
   
Bahasa Penghantar   

Penggunaan bahasa penghantar Cina bertentangan dengan
Akta Bahasa Kebangsaan 1963/1967 ; Bahasa Kebangsaan
sebagai Bahasa Rasmi
   
Dasar   
   
Silbus berteraskan Cina Taiwan dan bukan Dasar Pendidikan Kebangsaan   

Isu yang paling jelas disini ialah, sekiranya UEC mahu di iktiraf, UEC perlu mengikut Dasar Pendidikan Kebangsaan. Sementara itu pula Dong Zong tidak mahu membuat apa-apa perubahan dalam keseluruhan kurikulum, silibus dan buku teks UEC. 

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!