Cara Memohon Rumah Idaman Selangor Bernilai RM250,000 Seunit

Ini Cara-Cara Untuk Memohon Rumah Idaman Selangor Bernilai RM250,000 Seunit ~ Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari telah mengumumkan projek Rumah Idaman yang dikendalikan dibawah Rumah Selangorku pada 27 Oktober yang lalu. 

Menurut beliau lagi, projek pembinaan tersebut akan dilaksanakan di enam lokasi iaitu; Bandar Saujana Putra, Bandaraya Shah Alam, Puchong, Cybersouth Sepang dan Bandar Puncak Alam.

Rumah Idaman, Khas Buat Warga Selangor

Rumah Idaman merupakan sebuah projek pembinaan khas untuk warga Selangor yang bekerja dan baru pertama kali mahu memiliki rumah.

Warga Selangor yang tergolong dalam kategori B40 dan M40 namun masih belum mempunyai rumah, anda boleh cuba memohon untuk memiliki rumah kos rendah ini dengan harga kira-kira RM250, 000 seunit. 

Lokasi pembinaan Rumah Idaman ini ditentukan berdasarkan beberapa kriteria utama seperti mudah diakses melalui lebuh raya utama dan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan berdekatan seperti hospital, sekolah dan universiti.

Ciri-Ciri Menarik Rumah Idaman Selangor

  • Ruang tamu dilengkapi 1 unit televisyen
  • Ruang dapur dilengkapi dengan kabinet dapur dan peti sejuk
  • Dua bilik air dilengkapi unit pemanas air
  • Tiga bilik tidur, setiap bilik tidur dilengkapi 1 unit almari dan penyaman udara
  • Dua ruang parkir
  • 1,000 kaki persegi 
Rumah Idaman

Syarat Kelayakan Permohonan

Sebelum memohon, pastikan anda baca syarat-syarat kelayakan permohonan seperti dibawah:

  • Mestilah warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
  • Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
  • Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama 5 tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
  • Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri.
  • Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

Cara Memohon

  1. Layari laman web rasmi Rumah Idaman di pautan berikut: https://idamanselangor.com.my/
  1. Sebelum itu, anda perlu mendaftar di Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) di pautan: http://lphs.selangor.gov.my/
  1. Klik “Daftar Pengguna Baru” sekiranya anda baru pertama kali mendaftar. 
  1. Isi semua maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan benar. 
  1. Kemudian, log masuk semula setelah selesai proses pendaftaran. 
  1. Anda boleh membuat pendaftaran selepas itu. Ikut arahan selanjutnya yang diberikan. 

Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan ataupun kekeliruan, sila layari laman web rasmi Rumah Idaman di: https://idamanselangor.com.my/ , atau emelkan pertanyaan anda ke: [email protected]

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!