Maybank2u : Cara Daftar Akaun Maybank Online

Seperti kebanyakan bank di Malaysia, Maybank juga tidak ketinggalan untuk menawarkan perkhidmatan perbankan atas talian menerusi Maybank2u.

Maybank juga merupakan bank pertama di Malaysia yang memperkenalkan kemudahan perbankan internet.

Dengan adanya kemudahan ini, pengguna boleh melakukan pelbagai urusan transaksi atas talian seperti :

  • Semakan baki akaun
  • Transaksi serta pindahan keluar masuk dana ke Maybank dan bank-bank lain.
  • Pembayaran bil serta pinjaman / loan
  • Pembayaran kad kredit
  • Kemas kini had pembelian
  • Penukaran pin kad kredit
  • Kemas kini status transaksi luar negara
  • Pembelian prabayar telefon bimbit (topup)
  • Muat turun e-penyata

Anda sudah ada akaun Maybank dan ingin daftar Maybank2u? Ikuti perkongsian kami untuk ketahui cara daftar dengan mudah.

Baca Juga : myBSN : Cara Daftar dan Login BSN Online

Cara Daftar Akaun Maybank2U

Langkah 1 : Daftar Nombor Telefon di ATM Maybank

  • Pergi ke mesin ATM Maybank berdekatan.
  • Masukkan pin nombor keselamatan seperti biasa.
  • Di paparan menu utama, pilih Maybank2u > Phone Banking > ATM SMS Alert
  • Pilih Kemaskini Telefon Bimbit M2U TAC
  • Pada paparan seterusnya, masukkan nombor telefon yang anda ingin gunakan. Kemudian, tekan Ya.

Langkah 2 : Daftar Akaun di Portal Maybank2u

  • Nombor kad / Access Number – Nombor akaun Maybank 12 digit
  • Nombor PIN – Nombor PIN ATM Maybank 6 digit
Maybank2u

Langkah 3 : Cipta Profil Baharu

  • Sila cipta Profil Pengguna dalam ruang Username dan Password.
  • Kemudian masukkan alamat e-mel anda yang aktif.
  • Kod TAC 6 digit akan dihantar ke nombor telefon yang telah didaftarkan di Maybank.
  • (Pastikan anda telah mendaftar nombor telefon anda di mesin ATM Maybank dahulu untuk memperoleh nombor TAC ini.)

*Jika nombor telefon anda belum dikemaskini oleh bank, sila hubungi Perkhidmatan Pelanggan Maybank di talian 1 300 88 6688 untuk mengemaskini nombor telefon bimbit 

Langkah 4 : Lengkapkan Butiran Keselamatan

Seterusnya anda perlu isi 3 butiran berikut bagi tujuan keselamatan :

  • Image – Setkan gambar bagi tujuan keselamatan.
  • Security Phrase – Ssila isikan apa-apa perkataan atau frasa yang unik dan mudah diingat bagi tujuan keselamatan.
  • Memorable Question – Pilih tiga soalan yang anda boleh jawab dan taipkan jawapan bagi kesemua soalan tersebut. Pastikan ia jawapan yang anda ingat dan tidak lupa kerana ia akan menjadi rujukan pada masa akan datang.

Apabila anda menerima notifikasi Successful, ini bermakna pendaftaran anda sudah lengkap dan berjaya. Kini, anda boleh mula gunakan perkhidmatan Maybank2u.

Anda juga boleh rujuk pada video di bawah untuk panduan bagi mendaftar akaun Maybank2u.

Maklumat Lanjut

Untuk keterangan lanjut mengenai pendaftaran Maybank2u, sila hubungi Maybank Careline pada talian berikut:

  • Customer Care Hotline : 1-300 88 6688 (Malaysia)
  • +603-7844 3696 (Luar Negara)
SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!