SDEP Skim Dana Ehsan Pendidikan Bantuan Kewangan Secara One-Off

Permohonan bantuan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) dibuka sepanjang masa. Yayasan Pelajaran MARA YPM menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

YPM adalah badan organisasi yang mempunyai skim bantuan untuk pelajar kurang berkemampuan.

” Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid menyatakan program bantuan ini berterusan tidak kira di mana tempat, asalkan kita dapati ada laporan daripada sekolah-sekolah tertentu dan juga di pejabat-pejabat pendidikan daerah meminta kita salurkan bantuan,” katanya.

Apa Itu Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

SDEP diwujudkan bagi menyediakan bantuan kewangan secara one-off bagi meringankan beban pelajar yang mengalami masalah kewangan semasa mengikuti pengajian di institusi pengajian tinggi.

Perlaksanaan SDEP yang diberi sekali dalam tempoh pengajian sebagai salah satu langkah untuk membela nasib pelajar dari keluarga berpendapatan rendah agar mereka dapat meneruskan pengajian tanpa sebarang kesulitan disamping memberi dorongan memperoleh keputusan akademik yang cemerlang dan tamat pengajian

MISI

  • Menyediakan bantuan kewangan bagi membantu pelajar Bumiputera yang menghadapi masalah meneruskan pengajian.
  • Memastikan pembiayaan disalurkan kepada kumpulan sasar yang dikenalpasti.
  • Menerapkan nilai menghargai dan menghormati pemberian dan sumbangan.

OBJEKTIF

  • Membantu meringankan beban pelajar yang mempunyai masalah yuran tertunggak.
  • Membantu pelajar yang tidak mendapat biasiswa atau pinjaman.
  • Membantu pelajar yang teraniaya atau tertipu oleh institusi pengajian.
  • Menyediakan sara hidup bagi pelajar yang memerlukan.
  • Memastikan sistem penyampaian pembiayaan yang efisien, cepat, tepat dan betul.

Kadar Bantuan

Pelajar yang menerima bantuan ini, akan menerima bantuan kewangan secara one-off RM500

Faedah –Faedah SDEP

Antara faedah-faedah yang diterima oleh penerima bantuan ini adalah seperti ;

  • Penyelesaian yuran tertunggak.
  • Mengelakkan “dropouts” dikalangan pelajar IPT.
  • Meringankan beban kos pengajian.

Kelayan & Syarat Permohonan

Antara syarat-syarat permohonan Skim SDEP ialah ;

  • Bumiputera warganegara Malaysia.
  • Pendapatan keluarga tidak melebihi RM 3,000.00 sebulan.
  • Mendapat tawaran atau telah mendaftar atau sedang mengikuti pengajian di institusi yang diiktiraf.

Cara Permohonan Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP)

Permohonan boleh dibuat dengan mengisi borang permohonan pada pautan berikut ; https://www.ypm.org.my/index.php/muatturun/borang#sdep

Permohonan & Kelulusan

Segala permohonan dan kelulusan bantuan ini adalah tertakluk kepada keputusan Pengurusan YPM dan dana sedia ada.

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Skim Dana Ehsan Pendidikan (SDEP) anda boleh menghubungi ;



Seksyen Bantuan Persekolahan
Yayasan Pelajaran MARA,
Tingkat 18 Menara MARA,
No 232, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur.
No. Tel : 603-26927273 #sbp

Rujuk Pegawai yang terlibat iaitu di : Senarai Wargakerja YPM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!