Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata-Kata Hikmah Ramadhan

Ucapan Bulan Ramadhan, Kata-Kata Hikmah Ramadhan

Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata-Kata Hikmah Ramadhan | Nampaknya kita sudah menjejakkan kaki ke bulan Ramadhan 2013 bersamaan Ramadhan 1434 Hijrah iaitu bulan yang penuh kebrkatan dan kemuliaan, Pada hari ini iaitu bermulanya puasa Ramadhan telah diriwayatkan oleh hadis Bukhari “Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan. Selain itu, banyak Kelebihan Bulan Ramadhan yang dijanjikan oleh Allah S.W.T

Dikesempatan ni Dr Fuh nak kongsikan beberapa ucapan bulan Ramadhan dan kata-kata hikmah bulan Ramadhan kepada pembaca-pembaca yang dikasihi semua. Mana tau boleh guna untuk buat status FB or bagi ucapan SMS kat kawan-kawan. Semoga ianya bermanfaat buat semua. Oh ya, sebelum terlupa korang semua dah download Jadual Waktu Berbuka Puasa Dan Imsak Bulan Ramadhan 2013 mengikut negeri masing-masing? kalau belum tekan pada pautan tadi dan download/print di sana.

Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata-Kata Hikmah

kelebihan bulan ramadhan Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Apabila dalam kata dan perbuatan terukir salah dan khilaf, yakni dengan segala kerendahan hati kecil ini ingin terucap mohon maaf setulus-tulusnya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan

Ya Allah, muliakan dan sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya limpahkan rezekinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. Amin.

ucapan bulan ramadhan dan mutiara kata Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Marhaban ya Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang.Dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa bagi tahun1434

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA&TAUBAT lah ubatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,
MOHON MAAF ZAHIR & BATHIN, SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

ucapan bulan ramadhan 2013 Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Sujudku pada Sang Penguasa
Tadzimku pada Raja Malam
Yang membawaku pada kebesaran Ramadhan
Sucikan hambaMu dengan MaghfirahMu
Marhaban Ya Ramadhan…

Jika kelakuanku membekas luka
Bila ucapanku menoreh dusta
Siramilah aku dengan samudera maafMu
Untuk bersihkan segala khilafku

ucapan bulan puasa ramadhan Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Tiada kata seindah Dzikrullah
Tiada bulan seindah Ramadhan
Izinkan diriku untuk memohon kemaafan
Atas pertuturanku yang tidak terjaga
janji yang sering terabai
Hati yang kadang kala berprasangka
dan sikap yang pernah menyakitkan…

Dalam berguarau, kadangkala ada yang sentap.
Dalam bermanja, kadangkala ada yang rimas.
Dalam bermain, kadangkala ada yang jatuh.
Terima kasih kerana menjadi rakan yang baik dan menceriakan hari-hari saya.
Semoga ibadah kita diterima oleh-Nya.
Selamat menyambut ramadhan al-Mubarak.

Esok adalah harapan sekarang adalah pengalaman kemarin adalah kenangan…
yang tak luput dari ke khilafan mohon maaf lahir dan Batin..
Semoga RAMADHAN kali ini lebih baik dari RAMADHAN tahun lalu..amin….

kata kata hikmah puasa ramadhan 2013 Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Tiada kemenangan tanpa zikrullah,
tiada amal tanpa keikhlasan,
tiada ampunan tanpa maaf,
marhaban ya ramadhan..

Berharap padi dalam lesung,
yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung,
cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam,
Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu taubat tertutup,
sebelum Ramadhan berakhir,
saya mohon maaf lahir dan bathin….

Semoga memberi manfaat buat semua. In Shaa Allah. SELAMAT BERPUASA dari Dr Fuh!! Tarawikh jangan lupa yerr icon smile Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

selamat berpuasa 2013 Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan

Sumber : Google (Dr Fuh cedok sikit-sikit)

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata Kata Hikmah Ramadhan
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Ucapan Bulan Ramadhan Dan Kata-Kata Hikmah Ramadhan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge