Tiga Beradik Hilang, Kakak Ditemui Mati Dibunuh Selepas Dirogol

Tiga Beradik Hilang, Kakak Ditemui Mati Dibunuh Selepas Dirogol. Mayat seorang remaja perempuan dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang

Tiga Beradik Hilang, Kakak Ditemui Mati Dibunuh Selepas Dirogol | KEJAM!! Syaitan!! Itulah ungkapan terbaik untuk menggambarkan pelaku jenayah yang telah dipercayai merogol seorang remaja sebelum dibunuh. Ikuti berita penuh yang dipetik dari akhbar Sinar Harian.

Mayat seorang remaja perempuan yang dipercayai dirogol dan dibunuh ditemui di kawasan bendang di Alor Senibong dekat sini semalam manakala dua adiknya dilapor hilang.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, ACP Mohd Nashir Ya berkata mayat remaja berusia 14 tahun itu ditemui orang awam dalam keadaan separuh bogel kira-kira pukul 3.45 petang.

“Polis belum mendapat petunjuk tentang dua adik mangsa yang dilapor hilang. Operasi mencari mereka sedang dijalankan dengan bantuan unit anjing pengesan,”katanya kepada pemberita di tempat kejadian hari ini.

Baca!!!Doa Untuk Wanita Supaya Dijauhkan Dari Dirogol Dan Diperkosa 

Remaja tersebut bersama dua adiknya yang berumur tiga dan 12 tahun dilapor keluar dari rumah mereka di Jalan Datuk Kumbar dengan motosikal kira-kira 7.30 malam untuk ke rumah rakan mangsa di Kampung Gelam yang berdekatan bagi mengambil gajinya yang bekerja membotol bahan pencuci.

Mohd Nashir berkata setelah ketiga-tiga anaknya tidak pulang dan gagal ditemui setelah puas dicari, ibu mereka Siti Aishah Arifin, 40, membuat laporan polis di di Balai Polis Langgar kira-kira pukul 2 pagi.

Sementara itu bapa mangsa Rosdi Rani, 38, berkata anaknya itu yang hanya bersekolah setakat Darjah Enam berpendapatan RM15 sehari. Beliau yang bekerja sebagai tukang cuci turut hairan kerana motosikal yang dinaiki anak-anaknya ditemui di Sekolah Kebangsaan Gelam dalam keadaan baik tetapi mayat anaknya ditemui di Alor Senibong yang jauh dari tempatrumah rakannya itu.

“Kami merancang untuk pulang ke Besut, Terengganu selepas dua tahun kami menetap di sini. Saya harap sangat dua lagi anak saya itu dapat ditemui dengan selamat,” katanya.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah di sini untuk bedah siasat sementara jenazahnya dikebumi di tanah perkuburan Jalan Datuk Kumbar, Alor Semela selepas solat Zohor tadi. – Bernama

Dr Fuh – Semoga si durjana tersebut ditangkap dan dikenakan hukuman setimpal.

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Tiga Beradik Hilang, Kakak Ditemui Mati Dibunuh Selepas Dirogol
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

4 thoughts on “Tiga Beradik Hilang, Kakak Ditemui Mati Dibunuh Selepas Dirogol

  1. Pingback: Seorang Remaja Diburu Bagi Membantu Kes Bunuh Tiga Beradik | Fuh.My

  2. Pingback: Terbongkar! Pelajar Dirogol Lebih 10 Kali Semasa Cuti Sekolah | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge