Subhanaallah! Bunga Mekar Penuhi Pusara Ahmad Ammar Di Turki!

Ahmad Ammar Ahmad Azam

Subhanaallah! Bunga Mekar Penuhi Pusara Ahmad Ammar Di Turki! - Hari ini melalui akaun seorang pengguna Twitter, dia berkongsi gambar ibu bapa pemuda Ahmad Ammar Ahmad Azam menziarahi pusara anaknya itu yang meninggal dunia 36 hari yang lepas.

Ahmad Ammar meninggal dunia dilanggar ambulans pada 2 November lepas ketika melintas jalan.

Allahyarham juga menjadi orang Malaysia pertama dikebumikan di Tanah Perkuburan Eyub Sultan yang menghadap Laut Golden Horn.

Tanah perkuburan itu juga menjadi saksi tempat bersemadinya lebih 60 jasad para sahabat Nabi Muhammad S.A.W, para auliya’, panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana.Jasad sahabat Rasulullah Saidina Abu Ayub Al-Ansari turut disemadikan di situ.

Subhanaallah ! Bunga Mekar Penuhi Pusara Ammar Di Turki!!

Dalam gambar di Twitter itu, kelihatan ayah Ammar Ahmad Azam Abdul Rahman yang juga bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama ibu Ammar Nur Azlina Abdul Aziz berdiri di sebelah pusara anaknya itu yang dihiasi bungaan mekar.

Penulis hari ini turut berkongsi sebuah video petikan dari program Mimbar Pencetus Ummah terbitan Astro apabila menjemput Ahmad Azam dan Nur Azlina berbicara bersama penonton mengenai anaknya seorang pemuda kesayangan umat Islam Ahmad Ammar.

Sama-sama lah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada roh Ahmad Ammar dan semoga beliau ditempatkan dalam kalangan hamba-hamba Allah yang soleh dan dijanjikan syurga olehNya kelak.

p/s : Sebak dijiwa terasa jua kehilangan seorang syuhada dari Malaysia yang mana pemergiaanya memberi impak besar kepada semua yang mengenalinya terutama keluarga dan rakyat Malaysia. Diharap Allah tempatkan dia bersama orang-orang yang beriman. Amin

sumber

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.

Comments

comments

2 thoughts on “Subhanaallah! Bunga Mekar Penuhi Pusara Ahmad Ammar Di Turki!

  1. call of duty ghost hack

    Howdy very nice blog!! Man .. Excellent .. Amazing ..
    I’ll bookmark your website and take the feeds also?
    I’m satisfied to seek out so many helpful information right here in the submit, we’d like work out more techniques in this regard, thank you
    for sharing. . . . . .
    call of duty ghost hack recently posted…call of duty ghost hackMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge