Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif (Video)

Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif (Video), Suami Pukul Isteri Dalam Lif, Kes Isteri Dipukul Dalam Lif Depan Anak-Anak, Kes pukul isteri dalam lif

Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif (Video) | Allahu Akhbar. Sedih Dr Fuh dengar berita ni. Terus Dr Fuh search untuk dapatkan kepastian. Memang sahih, seorang adik kepada mangsa (isteri) yang dipukul oleh jantan dayus (suami) telah menyebarkan video kakaknya dipukul di dalam lif sebuah hospital beberapa hari lepas. Mangsa dipukul dengan menggunakan anggota badan seperti kaki dan tangan dihadapan dua orang anak mereka.

Difahamkan mangsa yang dipukul adalah isteri pertama kepada jantan dayus tersebut. Difahamkan juga report polis telah dibuat oleh pihak mangsa. Tapi yang peliknya pihak polis taknak ambil tindakan atas alasan pukulan tersebut “tidak mendatangkan kecederaan kekal dan masalah rumah tangga”. Boleh pulak macam tu? Takkan nak tunggu mangsa koma atau mati baru pihak polis nak ambil tindakan?

Berikut adalah Video Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif


Sumber Asal Video

Berikut pula ulasan daripada akhbar Sinar Harian Online mengenai kes suami pukul isteri dalam lif ini:

Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif

DALAM suasana terkini yang hangat membincangkan tentang poligami, pagi ini saya dipertontonkan video dua minit lebih ‘kebodohan’ seorang suami yang begitu keras sehingga membelasah si isteri bertubi-tubi disaksikan dua pasang mata putera dan puteri mereka di dalam sebuah lif.

Walau apapun alasan yang si suami berikan bagi menghalalkan pukulan-pukulan kebinatangan itu, Islam tetap mengharamkannya.

Jangan sesekali menyelewangkan tafsiran ayat 34 Surah al-Nisaa’ yang membenarkan pukulan untuk mengajar isteri yang nusyuz.

Terlalu banyak ayat ALLAH dan petunjuk Nabi SAW tentang kasih sayang dan tolak ansur yang wajib disemai di dalam rumahtangga berbanding hanya satu sahaja ayat yang membenarkan suami memukul isteri dengan syarat yang ketat.

Jelas melalui hadith Hajjatul Wadaa’ yang diriwayatkan al-Tirmidzi bahawa dibenarkan memukul isteri setelah sabit nusyuudznya dengan
ضَرْبًا غَيرَ مُبَرِّح pukulan yang tidak menyakitkan (iaitu ia bertujuan untuk mengajar dan islah).

Begitu juga terang panduan Nabi kepada Mu’aawiyah bin Haydah RA yang bertanya tentang hak-hak isteri sepertimana yang diriwayatkan oleh Abu Dawud, antaranya tidak dibenarkan memukul isteri di wajahnya juga tidak dibenarkan mencelanya.

Namun, jika beginilah (seperti di dalam video) reaksi suami jika benarpun ada di sana kesalahan dari pihak isteri, ia jelas merupakan satu tindakan tidak berakal.

Islam sentiasa ada solusi kepada apa jua permasalahan termasuk masalah rumahtangga.

Dan solusi Islami ialah sebaik-baik solusi bagi mereka yang berfikir.

Antara jalan penyelesaiannya ialah perceraian yang syarie.

Sungguh ia akan membawa hidup yang baru buat kedua suami dan isteri.

Sayangnya, kita sering malu tak kena pada tempat.

Lebih malu untuk bercerai sedangkan itulah syariah, tapi tidak malu untuk sering berperang mulut dan tangan serta kaki di hadapan anak-anak yang saya pasti perceraian yang syari’ie jauh lebih memberi kesan yang baik di dalam kehidupan mereka yang mendatang.

Menjadi penonton setia kepada gusti mulut dan tangan antara ibubapa mereka, akan memberi impak yang sudah pasti negatif apabila mereka meningkat dewasa kelak.

Inilah kesannya apabila urusan nikah cerai dipayahkan. Ia benar-benar menyiksakan.

** Pandangan ini dipetik dari laman sosial Facebook (FB) beliau.

Dr Fuh – Kalau perkara ini berlaku kepada ahli keluarga anda, apakah tindakan sewajarnya yang anda akan ambil?

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Suami Dayus Pukul Isteri Kaw Kaw Dalam Lif (Video)
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

16 thoughts on “Suami Dayus Pukul Isteri Kaw-Kaw Dalam Lif (Video)

  1. fiza ghazali

    buat report polis & pergi ke mahkamah syariah failkan permohonan penceraian.. abis cerita.. klu terus nak kekal dalam rumah tangga terpulang pada yg empunya diri terutama sekali bila memikirkan nasib anak2.. tp kena fikir juga, klu dh suami kaki pukul tahan ke kita nak hidup dgn dia.. anak2 yg akn dapat tekanan yg lebih hebat lagi.. apa pun , saya doakan yang terbaik untuk puan yang menjadi mangsa suami ini.. banyakkan doa, fikir semasak-masaknya… Moga Allah memberi pertolongan kepada wanita ini.. Aamin…

    Reply
  2. Anuar

    Antara Tajuk AKhbar Utusan Hari ni : Lelaki Belasah Isteri dalam Lif Diburu… Diharap tindakan yang sepatutnya dapat diambil kepada lelaki berkenaan… Supaya insiden ini akan dapat dijadikan penngajar kepada orang lain yang ada memasang iat untuk berpoligami… Nak berpoligami tak salau kalau tahu cara untuk melayan isteri-isteri dengan baik terutamanya isteri pertama yang telah berkorban kasih sayang dengan madu-madunya yang lain…

    Lihat Ustaz Azhar Idrus (UAI) dan Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman (UZAR), contohilah mereka sekiranya hendak berpoligami…
    Anuar recently posted…Penyertaan Dalam Contest SEO dapat menarik ramai pengunjung ke Blog Anda..My Profile

    Reply
  3. sammohd

    Allahu Akbar,,hati syaitan lelaki yang memukul isteri yang disaksikan anak2 kecil terkejut dan tergaman dengan tindakan Bapa ibliss,,

    Reply
  4. Yana Sakura

    sayu hati nie tgk si isteri yg di pukul bertubi-tubi..dia tu manusia jgk..haiwan pn taw sifat kasih sayang ni kan manusia..ape pnya suami la nie..kalau brlaku dlm family mntak fasakh la jawabnya …hurmm..

    Reply
  5. Pingback: Rela Pertaruhkan Nyawa Demi Maruah Adik Dan Ibu. Allahu Akhbar!

  6. Pingback: Kejam!! Bunuh Anak Sendiri Hanya Kerana Memandang Lelaki | Fuh.My

  7. Pingback: Kejam!! Bunuh Anak Sendiri Hanya Kerana Memandang Lelaki | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge