Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS

Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS. Calon peperiksaan boleh menyemak keputusan STPM secara terus dari sekolah, Online dan SMS

Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS | Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi sekalian. Pada hari ini iaitu jam 12 tengah hari nanti, seramai 55,214 calon bakal menerima keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) 2013.

Menurut Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon peperiksaan boleh menyemak keputusan STPM mereka melalui beberapa cara mulai jam 12 tengah hari ini.

Semakan Keputusan STPM 2013 SMS

“Calon boleh menyemak keputusan mereka di pusat peperiksaan berdekatan atau menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) dengan menaip STPM RESULT dan menghantarkannya ke 15888,”

Semakan Keputusan STPM 2013 Online

“Calon juga boleh membuat semakan Keputusan STPM secara online dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia www.mpm.edu.my bermula tengah hari ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, seramai 54,288 (98.32 peratus) orang merupakan calon kerajaan, 648 (1.17 peratus) calon dari sekolah swasta, 268 (0.49 peratus) orang merupakan calon persendirian individu, 9 (0.09 peratus) orang calon dari sekolah kerajaan negeri dan seorang calon dari sekolah integriti.

“Kesemua calon ini boleh mendapatkan keputusan peperiksaan masing-masing di 773 buah pusat peperiksaan berdaftar di seluruh negara, manakala calon persendirian individu akan mendapat keputusan mereka melalui pos,” katanya.

Dr Fuh – Semoga semua calon mendapat keputusan yang cemerlang setimpal dengan usaha anda dan semoga dapat melanjutkan pelajaran ke menara gading. In Shaa Allah!

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS

  1. Pingback: Semakan Keputusan STPM 2013 Online Dan SMS | Blog @ Mykongsi

  2. Pingback: Semak Keputusan SPM 2013 Online Dan SMS | Fuh.My

  3. Pingback: Semak Keputusan SPM 2013 Online Dan SMS - KOPI LEKAT

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge