Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS

Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS, Semakan Calon PLKN 2013, Semak Secara Online Kemasukan PLKN Sesi 11 2014, PLKN 2014, Semakan PLKN 2014

Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS | Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) merupakan kursus latihan wajib selama tiga bulan di Pusat Latihan PLKN seluruh Malaysia bagi sesetengah daripada mereka yang terpilih apabila menamatkan pendidikan sekolah menengah di Malaysia atau berumur 17 tahun ke atas. Ia bertujuan bagi pembinaan sahsiah diri bermatlamatkan membina dan mengukuhkan semangat patriotisme di kalangan generasi muda, memupuk perpaduan kaum serta integrasi nasional dan membentuk perwatakan positif menerusi nilai-nilai murni. Program ini bukanlah bersifat Kerahan Tenaga dan tidak mengikut mana-mana model daripada luar kerana dilaksanakan menurut cara Malaysia.

Pada setiap tahun, 24% daripada remaja yang akan berumur 18 tahun pada tahun latihan mereka dipilih untuk menyertai PLKN ini. Namun mereka yang bermasalah tertentu boleh memohon untuk ditangguhkan atau dikecualikan untuk PLKN ini.

Dalam melaksanakan Program Khidmat Negara ini, beberapa aspek penting telah diambil kira iaitu seperti:

  1. Jangka masa latihan selama 3 bulan secara berkhemah dan berasrama.
  2. Pelaksanaan telah dimulakan pada tahun 2004.
  3. Kemudahan infrastruktur latihan dan kemudahan-kemudahan asrama seperti yang terdapat di kem-kem PLKN seluruh negara.
  4. Implikasi kewangan.
  5. Menghadkan kesan ke atas sistem pembelajaran yang sedang berjalan.
  6. Guna tenaga dari segi kepakaran dan pengalaman.

Tarikh Semakan Kemasukan PLKN 2014

Semakan PLKN Siri 11 Tahun 2014 bagi remaja yang lahir pada 1996 boleh disemak mulai 25 Julai 2013 (Khamis) melalui laman web www.khidmatnegara.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS)

Calon PLKN 2014

Calon yang tersenarai dan terpilih untuk mengikuti sesi latihan PLKN akan mengikuti latihan mulai Januari 2014. Pemilihan adalah berdasarkan prestasi pelajar dan juga dipilih secara rawak.

Semakan status terpilih bagi PLKN Siri 11/2014 bagi mereka yang lahir pada tahun 1996 sudahpun dibuka mulai 25 Julai 2013 (Khamis). Terdapat dua cara mudah untuk membuat semakan kemasukan PLKN 2014:

Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS

semakan plkn 2014 Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS

1) Semakan calon PLKN 2014 secara online

Click link : http://apps1.khidmatnegara.gov.my/terpilih
C
lick link: http://www.khidmatnegara.gov.my/index.html
Click link: http://apps3.mod.gov.my/terpilih.html

p/s: Sekiranya server tidak dapat diakses, sila cuba semula pada waktu malam kerana terlalu ramai sedang mengakses aplikasi ini.

2) Semakan Calon PLKN melalui SMS

Taip : PLKN semak <No KP anda> hantar ke 15888

Kepada yang terpilih tu tahniah la ye. Kepada yang tak terpilih tapi nak sangat masuk PLKN tu sabar lah ye. Ada hikmahnya tu icon smile Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

44 thoughts on “Semakan Kemasukan PLKN 2014 Online Dan SMS

  1. Mohamed Al-Aliff Bin Hamzah

    Abang saya teringin nak masuk PLKN tapi dah dua tahun takdapat-2 , tahun lpas ade mntak siap buat permohonan tapi tak dapat-2 ??

    Reply
  2. faisal khalish

    ada tidak sesiapa yang boleh terangkan kepadaku kenapew aku tak terpilih untuk siri ke 11 ini aduhhh…kecewanya menusuk kalbu

    Reply
  3. zack

    aku x paham knpe ade yg nak sangat masuk plkn…..aku klu blh x nak pgi langsung…syukurlah aq x dpt…ingatkan klu dpt aku nak beli surat doktor jew. emmm xyah la aku mebazir duit..

    Reply
    • Nur Balqis muzaffar shah

      x baik la awak cakap macam tu ye ramai rasnya yg x nak pegi tapi ade sebab kenape kerajaan swuh buat bende ni.Saye pun ingat x nak pegi tapi dah dapt kenelah jugak pegi

      Reply
  4. zulkarnain

    boleh tak sapa2 terang camna panggilan kedua & ketiga ni……..panggilan kedua2 tu untuk yg telah dipilih or yg belum dipilih lagi

    Reply
  5. zulika atika

    boleh mintak nama saya dinaikkan untuk siri 11/2014 tak ? teringin sangat nak pergi .. kalau dapat panggilan pertama .. saya berharap saya terpilih untuk menyertai PLKN .. thankyou :’)

    Reply
    • zulika atika

      saya ada cuba buat permohonan kemasukan . tapi borang mungkin belum buka untuk 11/2014 .. saya harap jabatan yang mengurus plkn menghubungi saya .. :'( teringin nak pegi . nak sangat sangat !!!!! :’)

      Reply
  6. bUmblebEE

    dnga kate klo yg xdpt bley g sndiri kt kem plkn yg bdkatan utk try buat pndaftaran msok,sbb kdg2 ade byk kkosongan :) niey cdangan sy sbb sy pnah bce psl niey..
    Klo mohon secare online,susa sikit nk dpt sbb mgkin rmai lgi yg akn buat cmtu …

    Btw alhmdulillh,sy tpilih utk plkn siri 11/2014,mekaseh :3

    Reply
  7. miralalola

    aku xdpt..ok aku xdak perasaan sebenarnya aku nk prgi xpa lah aku sedih pun xdapat…

    WAT LEK WAT PEACE :)

    pelik betul org yg xnk pergi dpt , yg nk sgt prgi xdpt.

    Reply
  8. Pingback: Innalillah. Pelatih PLKN Kem Pinggiran Putra Meninggal Dunia | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge