Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014

BR1M 3.0 Akan Terus Disalur Ke Akaun Bank Penerima. http://www.hasil.gov.my/ Pemohon BRIM 3.0 2014, Cara Isi Borang BR1M 3.0 2014, Borang Permohonan BR1M

Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014 | Assalaamualaikum warahmatullahi wabarakaatuh. Teacher Muja syak, pasti semua pemohon BR1M 3.0 2014 sudah tidak sabar mahu menyemak dan mengetahui sama ada permohonan untuk menerima BR1M diluluskan atau tidak.

Tahun ini pastinya lebih mudah kerana BR1M disalurkan terus ke dalam akaun bank pemohon yang berjaya. Senanglah lepas ni. Tak perlu nak beratur lagi. Selain itu, berita baik untuk semua pemohon BR1M 2014; Status BR1M kini boleh mula disemak secara online! icon biggrin Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014

Semakan status BR1M online 2014 boleh dilakukan dengan 3 cara setelah kita mendaftar sebagai pemohon. Laman web HASIL sebenarnya agak mengelirukan kerana, di bawah tab ‘Semakan Status’, ia memerlukan id dan kata laluan yang tidak diterima oleh pemohon semasa proses pendaftaran.

Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014

semakan status br1m 2014 300x109 Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014

1. Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Pos

Kita boleh menerima surat pengesahan melalui pos apabila tarikh pembayaran hampir tiba. Jika kita berjaya, kita akan dimaklumkan juga lokasi yang sepatutnya kita pergi untuk mendapatkan baucer tunai.

2. Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Panggilan Telefon

Kita boleh membuat panggilan telefon ke Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) hotline; 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 (waktu pejabat sahaja) Namun begitu, ada maklumat mengatakan yang kita terpaksa menunggu untuk jangka masa yang akan lama untuk panggilan itu dijawab. Jadi, jangan telefon dengan telefon bimbit.

3. Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014 Secara Email

Pemeriksaan dengan email br1m2@treasury.gov.my sudah ditututp. Sila gunakan br1m3@treasury.gov.my dan biasanya kita akan mendapat balasan email dalam 1 hingga 2 hari bekerja. Berikan maklumat yang mencukup kepada pegawai yang bertugas untuk membantu kita.

Perhatian! Untuk permohonan secara manual, kita akan menerima bayaran sedikit lambat daripada pemohon online yang memberi nombor akaun bank, disebabkan oleh baucer tunai yang mengambil masa untuk sampai ke alamat yang diberikan. Namun begitu, keputusan ini dijangkakan akan dikeluarkan mengikut peringkat selepas Tahun Baru Cina 2014

Teacher Muja harap, setiap keputusan yang diterima dapat kita terima dengan reda. Bagi yang berjaya, tahniah diucapkan dan bagi yang tidak berjaya, rezeki kita ditempat lain. Bersyukur selalu dengan segala nikmat yang sedia ada walaupun kadang-kadang kita tidak dapat apa yang kita impikan. Wassalaam.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014
Muja, pemilik blog http://www.mujadafewa.my/ seorang teacher blogger yang suka bercerita dan berkongsi ilmu yang ada. pejuang wanita yang berusaha untuk menjadi lebih baik hari ni daripada hari sebelumnya

Comments

comments

19 thoughts on “Semak Status Permohonan BR1M 3.0 2014

  1. Pingback: 5 Tempat Pelancongan Wajib Lawat Di Amsterdam | Fuh.My

  2. Pingback: 5 Tempat Pelancongan Wajib Lawat Di Amsterdam | Malaysia Boleh

  3. Pingback: 10 Tempat Tarikan Pelancong Paling Pelik Dan Menakutkan | Fuh.My

  4. Pingback: 10 Makhluk Mitos Paling Terkenal | Fuh.My

  5. Pingback: 10 Fakta Tentang Mimpi Yang Jarang Diketahui | Fuh.My

  6. corinna chong pooi yow

    651217-10-6316 tolong semakkan BR1M statu saya dan ada kah saya layak untuk mendapatkan BR1M….Terima Kasih

    Reply
  7. Pingback: Baucer Tunai Br1m

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge