Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS

Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS

Semak Saman Trafik Polis Dan JPJ Secara Online Dan SMS | Dunia sekarang hujung jari ja..tak percaya bukak peta dunia..pastu tunjuk la korang nak g mana..hahaha tau tak lawak :p Hari ni Dr Fuh nak share cara semak saman trafik online dan SMS. Al-maklum lah, Dr Fuh ni asik kena saman ja semenjak 2 menjak ni. Saman AES dah 4 keping dah sampai rumah rasanya. Haishh

Disini Dr Fuh sediakan “tutorial” cara untuk semak saman PDRM dan semak saman JPJ.

I) Semak Saman Trafik Secara Online

Terdapat 3 portal yang menyediakan servis ini dan kesemuanya percuma iaitu:

1. MyEG Services

Semak Saman Trafik Polis Dan JPJ Secara Online Dan SMS

Anda boleh semak saman yang dikeluarkan oleh kedua-dua PDRM and JPJ di sini. Ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Layari www.myeg.com.my.
  2. Anda mesti mendaftar dulu sekiranya menggunakan servis ini buat kali pertama.
  3. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  4. Klik eServices pada menu dan pilih JPJ atau PDRM.
  5. Pilih pautan yang berkenaan untuk menyemak dan seterusnya membayar saman anda.

MYEG juga ada menyediakan servis yang menghantar peringatan ke email anda sekiranya terdapat saman baru. Langganan servis ini adalah percuma.

2. Rilek e-Services

Semak Saman Trafik Polis Dan JPJ Secara Online Dan SMS

Laman ini sah untuk saman yang dikeluarkan PDRM sahaja.

  1. Layari laman Semakan Saman PDRM dan daftar.
  2. Login menggunakan nama dan kata laluan.
  3. Klik ‘Check Summon’ pada sebelah atas menu untuk summon inquiry.
  4. Anda juga boleh membuat bayaran di laman ini. Buat masa ini ia dihubungkan dengan perbankan internet CIMB, MAYBANK dan RHB.

3. JPJ

Semak Saman Trafik Polis Dan JPJ Secara Online Dan SMS

Laman ini terpakai untuk saman yang dikeluarkan JPJ sahaja.

  1. Layari laman Semakan Saman JPJ.
  2. Di bawah tajuk “Semakan Saman”, klik dropdown menu untuk memilih kategori NOMBOR ID SAHAJA atau kategori NOMBOR ID DAN NOMBOR KENDERAAN.
    (contoh format nombor ID Orang Awam Malaysia/MyKAD: 801121141234 atau KP Lama : A1234567)
  3. Isikan semua data yang perlu, disusuli dengan kod sekuriti (captcha).
  4. Ahkir sekali klik butang Semak button. Keputusan semakan akan dipaparkan di sebelah bawah, di bawah tajuk “Hasil Carian”.

II) Semak saman trafik secara SMS

Menyemak saman melalui SMS hanya terpakai untuk saman PDRM sahaja. Anda hanya memerlukan nombor kad pengenalan atau nombor pendaftaran kenderaan. Sila ikuti langkah-langkah di bawah:

  1. Masukkan teks berikut pada telefon anda:
      POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan]Contoh:
      POLIS SAMAN 740523015555 atau  POLIS SAMAN WEP1234
  2. Hantarkan SMS tersebut ke 15888 atau 32728.
    Anda akan dicaj RM0.20 untuk setiap jawapan SMS.
  3. Jikalau anda inginkan jawapan terperinci, taipkan mesej seperti berikut:
    POLIS SAMAN [No. K/P atau pendaftaran kenderaan] [email]Contoh:POLIS SAMAN 740523015555 pemanduganas@gmail.comdan hantarkan ke nombor yang sama. Perincian saman anda akan dihantar ke alamat email tersebut.

Diharap maklumat yang diberikan ini dapat memudahkan urusan-urusan anda tanpa perlu pergi ke balai polis mahupun ke pejabat JPJ berdekatan.

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Semak Saman Trafik Secara Online Dan SMS

  1. Pingback: Salah Siar Logo PDRM, Petugas RTM Dibuang Kerja | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge