Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu - SIBU 19 Jun – Kira-kira 500 penduduk di Kampung Datu di sini tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran yang memusnahkan lebih 50 buah rumah papan milik mereka petang semalam.

Kebakaran kira-kira pukul 4 petang itu dikatakan bermula daripada hanya sebuah rumah sebelum merebak ke rumah-rumah lain dengan cepat.

Bagaimanapun kebakaran yang turut mengakibatkan ruang udara di kawasan berdekatan dipenuhi kepulan asap hitam tidak melibatkan sebarang kehilangan nyawa.

Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi dan Penyelamat Bomba negeri, Penguasa Bomba Hussin Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada pukul 4.02 petang dan hanya melibatkan sebuah rumah kosong.

Katanya, lima minit kemudian apabila bomba tiba di tempat kejadian mendapati api marak dengan cepat sehingga membakar 15 buah rumah yang lain.

“Bomba menerima panggilan daripada penduduk yang memberitahu terdapat sebuah rumah kosong jenis kayu terbakar sebelum api mula merebak ke rumah lain di situ.

“Sebanyak 48 anggota bomba melibatkan tiga Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Kanowit dan Sungai Merah yang diketuai Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Abdul Mutalif Ja’afar mengawal keadaan daripada merebak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Hussin berkata, sehingga pukul 7 petang ini anggota bomba masih berusaha mengawal keadaan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Difahamkan, kesemua mangsa terlibat ditempatkan di Sekolah Kebangsaan Abang Dali untuk sementara waktu. – UTUSAN ONLINE

Gambar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

11 thoughts on “Gambar Sekitar Rumah Terbakar Di Kampung Datu Sibu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge