Rukun Nikah Dan Penjelasannya

Rukun Nikah Dan Penjelasannya. Ni kalau tak tau rukun nikah nak menikah macam mana ye dak? amek masa jap untuk kita baca dan fahami rukun nikah.

Rukun Nikah Dan Penjelasannya | Assalamualaikum dan selamat sejahtera Dr Fuh ucapkan kepada semua pembaca sekalian. Hari yang penuh keberkatan ni Dr Fuh nak share sikit info tentang nikah iaitu Rukun Nikah. Semalam Dr Fuh ada share berkenaan Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah. Ni kalau tak tau rukun nikah nak menikah macam mana ye dak? Jadi jom amek masa jap untuk kita baca dan fahami betul-betul 5 rukun nikah.

Rukun Nikah Dan Penjelasannya

1. Pengantin lelaki

Pangantin lelaki mestilah seorang Islam, baligh, berakal, tidak berada dalam ihram atau umrah, tidak dipaksa kahwin, tidak beristeri lebih dari 4 orang, lelaki yang tertentu dan perempuan yang ingin dikahwininya itu bukanlah mahramnya.

2. Pengantin perempuan

Pengantin perempuan mestilah seorang Islam, tidak berada dalam ihram haji atau umrah, bukan isteri kepada seseorang, tidak berada dalam iddah dan perempuan yang tertentu.

3. Akad (Ijab & Qabul)

Di antara syarat-syarat akad ialah lafaz yang digunakan mestilah lafaz khas yang membawa maksud nikah atau kahwin serta tidak diselangi dengan perkataan yang lain dari maksud nikah atau kahwin di antara ijab dan qabul. Tidak boleh diselangi dengan diam yang lama antara lafaz ijab dan qabul. Hendaklah bersamaan maksud antara lafaz ijab dan qabul. Lafaz ijab dan qabul tidak dikaitkan dengan sesuatu perkara serta tidak dibenarkan had atau tempoh masa bagi perkahwinan itu.

4. Wali

Syarat bagi wali ialah mestilah seorang Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, seorang lelaki yang adil, tidak dipaksa, tidak berada dalam ihram haji atau umrah dan bukan seorang lelaki yang fasik.

5. Dua orang saksi

Syarat-syarat bagi saksi ialah mestilah beragama Islam, baligh, berakal, merdeka bukan seorang hamba, dapat mendengar dan melihat dengan baik, tidak pelupa atau nyanyuk, memahami bahasa yang digunakan semasa lafaz ijab dan qabul dan tidak terkena atasnya menjadi wali.

Dr Fuh – Haaa, sekarang dah tau kan? Jadi tunggu apa lagi, p la nikah cepat-cepat. Benda baik tak elok tunggu lama-lama. Hehehe

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Rukun Nikah Dan Penjelasannya
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge