Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W.

Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W. Tidur ni merupakan salah satu perkara terpenting dalam hidup kita. Tahukah anda bagaimana Rasulullah tidur

Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W. | Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua pembaca yang dihormati. Siapa disini yang tak pernah tidur? Hehehe soalan bangang bukan? Tidur ni merupakan salah satu perkara terpenting dalam hidup kita. Tapi pernahkah kita ambil tahu cara tidur yang betul? Tidur yang mendapat pahala? Kalau tak tahu jom kita baca artikel yang Dr Fuh kongsikan ini.

Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W

SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.

Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur…. INSYAALLAH AMAL DAN SAMPAIKAN

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W.
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W.

  1. Pingback: Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W. | Ohpanas - Lucu Neh

  2. Pingback: Petua Tidur Yang Betul Cara Nabi Muhammad S.A.W

  3. mselim3

    Assalammualaikum…fuh,

    Terima kasih … bebanyak2 setidak2 nya, kita main letak kepala dan terus terlena, Nak tidur ikut sunnah ,nak makan ikut sunnah, dan sekalipun masuk tandas mempunyai adab2 yg perlu diikuti.. ikutlah cara Rasullulah saw buat.

    mselim3
    mselim3 recently posted…Solat Sunat TawafMy Profile

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge