Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia. PAKAR antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan

Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia | PAKAR antarabangsa melaporkan, AS memilih Teluk Guantanamo sebagai kawasan pusat tahanan (penjara) kerana ia selamat daripada gangguan al-Qaeda mahupun Taliban.

“Teluk Guantanamo ini bebas dari diganggu oleh aktivis hak asasi kemanusiaan antarabangsa selain AS boleh melakukan apa sahaja kepada banduan,” kata pakar yang enggan mendedahkan identitinya.

Penjara Guantanamo1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

Tahanan di Kem Delta dilaporkan, dikawal rapi sehingga setiap percakapan mereka dipantau dari Pentagon.

Sebuah lagi pusat tahanan, Kem Iguana, berkedudukan 1km dari Kem Delta menempatkan hanya tiga tahanan di bawah umur 16 tahun. Ia pernah ditutup pada pertengahan 2005 dan dibuka semula dengan menempatkan 38 tahanan.

Bekas tahanan Libya, Omar Deghayes memberitahu akhbar Newsday, matanya pernah disembur dengan serbuk lada.

“Mereka (tentera AS) berbaris, menyanyi dan ketawa sebelum menyemburkan muka saya dengan lada. Bukan sekadar itu, mereka turut menjolokkan jari yang dipenuhi serbuk lada ke mata saya,” katanya.

Omar memberitahu, setiap hari ada sahaja seksaan berlainan dilakukan ke atasnya oleh tentera AS.

“Muka saya pernah dilumur dengan najis, dikenakan renjatan elektrik, dibogelkan dalam cuaca sejuk serta dibiarkan kelaparan selama 40 hari,” jelas Omar yang dibebaskan dalam 2007.

Beberapa tahanan yang dibebaskan pada tersebut menjadi buta selain saksi tindakan keji tentera AS di penjara Guantanamo atau ‘Gitmo’.

Bekas tahanan yang enggan dikenali berkata, melihat seorang askar menembak dan membenamkan banduan ke dalam air.

Malah, penghinaan paling menyedihkan apabila al-Quran disumbat ke lubang tandas.

“Saya pernah melihat sendiri seorang tahanan bernama Abdul Malik berasal dari Itali diseksa sehingga mati,” katanya.

Bercerita tentang kisah penghinaan terhadap al-Quran, bekas tahan berasal dari Pakistan, Abdurahim mempunyai cerita.

Menurutnya, penghinaan terhadap al-Quran di penjara Guantanamo oleh tentera AS merupakan aktiviti rutin.

“Ia adalah rutin mereka, khususnya pada hari pertama tahanan Islam memasuki penjara.

Penjara Guantanamo Demo 1 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

“Mereka membuang kitab suci itu ke atas tanah, memijak-mijaknya dan mengatakan kepada salah seorang tahanan yang sedang disoal siasat bahawa tidak ada seorang pun dapat menghentikan mereka berbuat sedemikian,” kata Abdurahim dalam sebuah wawancara dengan televisyen Afghanistan AVT Khyber pada Mei 2005.

Tidak hanya seksaan secara fizikal yang dialami oleh para tahanan, tentera AS juga melakukan tekanan secara psikologi dengan pelbagai bentuk penghinaan.

Penjara Guantanamo Demo Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di DuniaMuhammad Al Qahthani, tahanan dari Arab Saudi menceritakan, dipaksa menggunakan pakaian dalam wanita dan menari dengan  tahanan lain.

Lapor akhbar New York Times pada Julai 2004, selain diseksa dan dimalukan, askar AS juga melayan mereka seperti seekor binatang.

“Satu ketika, saya memasuki ruang soal siasat seorang tahanan yang dirantai tangan dan kakinya berkedudukan seperti janin dalam perut.

“Di sana tidak ada kerusi, makanan atau air. Kebanyakan mereka sudah terkencing atau buang air besar dan dibiarkan lebih daripada 24 jam.” lapor New York Times.

Sumber

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

12 thoughts on “Penjara Guantanamo Penjara Paling Kejam Di Dunia

  1. ovista

    Padan muka !!! buat salah masuk penjara tanggung risiko.

    bukan org yang baik masuk penjara pun….. yg masuk itu org jahat… nak layan macam mana semua org ini ? masuk hotel 5-start ke. ini..la pengajaran kpd org lain dari melakukan kesalahan. Apa yg US buat menang betul.

    Reply
    • mila

      tkbaik ckp cmtu. jhat mcm mne pun kita ni sape? tklyak nk letak hukum kt org sesuka hati. itu bkan hkuman pngajaran tpi seksaan. dlm alquran pun ade ckp. bgi hkuman untuk pngajaran. bkan siksa mcm tu. just for advice. jgn hukum org mcm tu. tk elok.

      Reply
    • john

      wa lu ovista ckp mmg sembang la ..lu ingat ape us wak tu betul la ..die mmg tangkap je orang ..salah x salah die x kire pon ..bagi die smue umat islam salah ..natan US mmg jahanam ..tmpat celaka ..lu sokong US lu sama la mcm die ..celaka punye orang ..pi la mampuh

      Reply
  2. Cik Suli

    X semestinya org yg kne pnjara kt guantanamo tu jht…biasa lh org kafir mn blh tgk org islam lebih dr mereka…
    Si ovista tu ckp mcm x de otak je..sokong us pi pack brg berambus la…

    Reply
  3. baju murah online

    An outstanding share! I’ve just forwarded this onto
    a friend who had been conducting a little homework on this.
    And he actually bought me breakfast simply because I
    discovered it for him… lol. So allow me to reword this….
    Thanks for the meal!! But yeah, thanx for spending the time to talk about this matter here on your blog.
    baju murah online recently posted…baju murah onlineMy Profile

    Reply
  4. loki

    OVISTA LU ORANG MANA . LU NI MACAM ANJING DAN LEBIH TERUK DARI ITU LU TU MACAM DAJJAL/LUCIFER KAMU TAHU TAK. JANGAN SAMPAI ORANG CARI KAMU SEBAB KATA KATA KAMU.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge