Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat

Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat

Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat | Pelbagai cara boleh digunakan dalam menjimatkan pengguna tenaga sama ada di rumah atau di pejabat. Amalan ini bukan sahaja dalam mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik, tetapi juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari.

Berikut adalah di antara beberapa amalan dan panduan yang boleh dilakukan di rumah dan pejabat bagi menjimatkan pengguna tenaga elektrik.

Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat

  1. Lakukan audit penggunaan tenaga elektrik di rumah. Ini dapat menjamin sistem pendawaian yang betul di rumah dan pejabat.
  2. Penapis pendingin hawa mesti dibersihkan dengan kerap. Aliran udara yang lancar dapat mengurangkan penggunaan tenaga.
  3. Kompresor mesti dibersihkan. Gunakan hos getah (pastikan bekalan elektrik telahpun dimatikan terlebih dahulu). Pastikan tumbuh-tumbuhan terletak 1 kaki daripada kompresor.
  4. Tutup lampu pada waktu siang.
  5. Bagi rumah yang mempunyai tanah, tanam pokok-pokok untuk teduhan. Teduhan daripada pokok-pokok dapat mengurangkan kesan pemanasan kepada rumah.
  6. Gunakan kipas siling untuk aliran udara. Pengurangan dalam penggunaan tenaga. Aliran udara semulajadi juga boleh digunakan.
  7. Set kipas pada pendingin hawa kepada “ON” daripada “AUTO”. Pengaliran udara yang sekata dapat menstabilkan suhu udara dalam bilik.
  8. Beli alat pendingin hawa yang bersaiz betul untuk kegunaan di rumah atau pejabat. Unit yang besar akan menggunakan lebih banyak tenaga dan tutup/ buka secara kerap.
  9. Setkan suhu pendingin hawa di antara 24darjahC hingga 26darjahC, iaitu paras rendah (24darjahC) semasa cuaca panas dan paras tinggi (26darjahC) pada musim hujan. Seboleh-bolehnya gunakan aliran udara semula jadi.
  10. Suhu pemanas air boleh ditetapkan di antara rendah dan sederhana untuk menjimatkan tenaga.
  11. Gunakan penyembur air yang jimat air, air yang kurang bermakna penggunaan tenaga yang kurang.
  12. Perbaiki paip yang bocor, terutamanya jika melibatkan perkakas air panas.
  13. Mandi adalah lebih baik daripada merendam dalam tub mandian. Lebih banyak air panas digunakan lebih banyak pembaziran tenaga.
  14. Peralatan dapur yang kecil membantu mengurangkan penggunaan tenaga. Terdapat peralatan yang menggunakan 75% tenaga kurang daripada oven yang besar.
  15. Koil peti sejuk mesti divakum sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan kompresor berfungsi dengan baik.
  16. 30% udara sejuk akan terlepas setiap kali pintu peti sejuk di buka. Keadaan yang sama untuk oven.
  17. Jangan memasukkan makanan melebihi muatan peti sejuk. Ini kerana udara sejuk perlu mengalir dengan bebas untuk memastikan makanan disimpan pada suhu yang betul.
  18. Magnet pintu peti sejuk mesti diperiksa. Letakkan wang kertas satu ringgit dan tutup pintu. Jika wang kertas ini boleh di tarik, anda perlu menukar magnet ini (gasket).
  19. Gunakan kemudahan oven yang mencuci sendiri sejurus selepas memasak, apabila oven masih panas. Ini mengelakkan mesa yang panjang untuk pemanasan semula.
  20. Tutup periuk atau kuali untuk mengurangkan masa memasak, dan letakkan periuk atau kuali mengikut saiz pembakar.
  21. Cuci pakaian dalam muatan penuh. Pastikan aras air di set pada aras yang betul.
  22. Sentiasa gunakan air sejuk untuk mencuci pakaian, air panas hanya perlu digunakan untuk pakaian yang terlalu kotor sahaja.
  23. Elakkan penggunaan pengering pada hari yang cerah. Kita dikurniakan dengan cahaya matahari yang banyak. Ultraviolet daripada cahaya matahari membunuh kuman.
  24. * Tutup lampu dan peralatan elektrik apabila bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
  25. Lampu kalimantang kompak menggunakan 75% tenaga kurang daripada lampu kalimantang biasa dan mempunyai jangka hayat 10 kali juga. Penukaran kepada lampu ini dapat menjimatkan tenaga. bilik atau kawasan tertentu tidak digunakan.
  26. Bersihkan lampu dengan kerap. Lapisan habuk boleh melitupi sehingga 50% pengeluaran tenaga.
  27. Warna yang cerah memantul lebih banyak cahaya. Merancang perhiasan dalaman rumah dan pejabat boleh membantu penjimatan tenaga.
  28. Keluarkan palam bagi peralatan elektrik yang tidak digunakan. Kebanyakan peralatan ini, terutamanya komputer, TV dan VCR mengambil tenaga elektrik walaupun suisnya telah ditutup. Jika dinding di rumah atau pejabat tidak ditebat, gunakan perkakas berat seperti rak-rak buku, dan sofa untuk diletakkan sekitar kawasan ini. Ini akan membantu mencegah kemasukan haba daripada luar dan kehilangan kesejukan dari dalam bangunan.
  29. Jika anda keluar dari rumah untuk jangkamasa yang panjang, pastikan untuk menutup semua perkakas elektrik yang boleh di tutup.
  30. Melaburlah dengan membeli peralatan elektrik yang mempunyai kemampuan ‘Cekap Tenaga’. Wang yang dijimatkan melalui penjimatan tenaga ini dapat memulangkan kos pelaburan tersebut dalam beberapa tahun.
  31. Sila baca Label Panduan Tenaga dengan betul. Pastikan anda membanding alatan yang setara. Penggunaan tenaga mempunyai perbezaan yang besar dalam jenama yang sama. Jangan tertipu dengan jualan murah dan janji daripada promoter.
  32. Beli peralatan yang sesuai untuk keluarga adalah penting. Pembelian yang melebihi keperluan keluarga akan menyebabkan pembaziran wang dan juga penggunaan tenaga.
  33. Jika peralatan elektrik melebihi 10 – 15 tahun. Praktiskan penukaran semula kepada peralatan baru yang cekap tenaga.
  34. Pastikan label “EnergyStar” ada pada peralatan cekap tenaga. Ini menunjukkan persijilan daripada pihak-pihak kerajaan atau pensijilan menbuktikan peralatan ini menggunakan tenaga elektrik secara cekap. Jika peralatan tersebut buatan Malaysia, lihat label “Cekap Tenaga” yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Tenaga.

 dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna

JIMATKAN TENAGA ELEKTRIK DIRUMAH ANDA =)

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat

puteri

Seorang blogger yang suka berkongsi petua, tips kecantikan, artikel kesihatan dan cerita-cerita tauladan. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia. "Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna" -The Khayalan^Puteri -

Comments

comments

2 thoughts on “Pelbagai Cara Jimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Dan Pejabat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge