Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

Gambar Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar - Jenayah Berat, Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak

Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar | Nampaknya semakin kerap kes jenayah pembunuhan kejam menggunakan senjata api sejak kebelakangan ini. Sebelum ini pengasas AmBank maut ditembak di Kuala Lumpur. Terbaru, Seorang lelaki berbangsa India pula maut ditembak. Kali ini kejadian berlaku di Parit Buntar, Perak. Allahu Rabbi. Apa dah jadi dengan Malaysia? Ikuti laporan penuh dan gambar-gambar mangsa yang sempat dirakamkan.

Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

India Ditembak di Parit Buntar Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

Seorang penduduk Taman Semarak Parit Buntar berketurunan India telah mati ditembak sekitar jam 10.30 pagi tadi berdekatan dengan simpang tiga tidak jauh dari Sekolah Kebangsaan Baru Parit Buntar.

Menurut saksi sebanyak 3 das tembakan telah di lepaskan ke arah mangsa dan 2 darinya kena pada mangsa.

Tembakan tersebut juga jelas kedengaran dari Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang yang terletak hampir 1 km dari tempat kejadian.

mati Ditembak di Parit Buntar 2 Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

Dikatakan mangsa dengan menaiki motosikal telah ditembak dari jarak dekat oleh 2 orang yang tidak di kenali yang juga menaiki sebuah motosikal.

Sehingga jam 1 petang masih ramai kaum india berada berdekatan lokasi yang juga simpang menghala ke Pejabat Pendidikan Daerah Kerian itu.

Sehingga kini motif tembakan masih tidak dapat disahkan. – Anak Sungai Derhaka

mati kena tembak parit buntar Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

Inilah jadinya bila undang-undang Allah diketepikan. Manusia sudah tiada lagi perasaan takut. Bunuh membunuh berlaku dimana-mana tanpa mengira tempat dan masa. Kes jenayah berat berleluasa. Tua muda, miskin kaya semua dalam perasaan terancam. Apakah tindakan pihak berkuasa? Siasat? Siasat? Siasat? Akhir sekali apakah penyudahnya?

Nauzubillah. Sama-sama kita doakan perkara ini dijauhkan dari diri dan keluarga kita sendiri. Sama-sama kita doakan supaya negara kita, negara Malaysia tercinta akan benar-benar aman dan harmoni bukan cuma dibibir seperti yang dicanang-canang pemimpin dan rakyat sekutunya, “Syukurlah Malaysia masih Aman”.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

3 thoughts on “Lagi! Seorang Lelaki India Mati Ditembak Di Parit Buntar

  1. Pingback: Polis Tembak Mati Isteri, Bapa Mertua Sebelum Tembak Diri | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge