Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan

Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan

Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan | Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat semua pembaca yang masih setia membaca blog tak seberapa Dr Fuh ni. Alhamdulillah kita masih diberikan peluang oleh Nya untuk meminjam nikmat oksigen bagi kita bernafas di bumi Allah. Seperti yang telah diumumkan semalam, esok bersamaan 10 Julai 2013 bersamaan 1 Ramadhan 1434 Hijrah adalah hari pertama seluruh umat Islam akan memulakan ibadah PUASA RAMADHAN.

Sahabat-sahabat sekalian dah print out ke belum Jadual waktu berbuka puasa dan imsak 2013 / Ramadhan 1434H? kalau belum segera lah berbuat demikian. Click je pada pautan tersebut, disana sahabat sekalian boleh pilih jadual berbuka puasa dan imsak bagi negeri masing-masing. Then bolehlah print dan tampal di rumah. Hehehe.

Jadi dikesempatan ini, Dr Fuh nak kongsikan kelebihan bulan Ramadhan al-Mubarak ini dengan pembaca-pembaca sekalian. Kelebihan puasa bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan ini dikongsikan dengan huraian hadis-hadis sahih. In Shaa Allah semoga ianya memberi manfaat kepada semua.

Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan

kelebihan bulan ramadhan Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan

Hadis 1

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

Rasulullah SAW pernah menggalakkan sahabatnya berqiam Ramadhan tanpa menyuruh mereka dengan kesungguhan (yang menunjukkan wajib), kemudian sabdanya:“Barangsiapa yang berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab (mengharapkan redha dan ganjaran Allah) akan diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu” (Diriwayatkan oleh Al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Hadis 2

Daripada ‘Abdur Rahman bin ‘Awf, sabda Nabi SAW:

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan dan berqiam Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, ia akan keluar daripada dosa-dosanya sepertimana hari ibunya melahirkannya” (Diriwayatkan oleh Al-Nasa’i, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Majah dan al-Bayhaqi)

Hadis 3

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Demi Zat yang jiwaKu berada dalam genggaman-Nya, bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi Allah daripada haruman kasturi” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1894)

Hadis 4

Rasulullah s.a.w bersabda :

“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan Ar-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Shaum – no: 1896)

Hadis 5

Abu Umamah r.a berkata:

“AKu bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah, tunjukkan daKu satu amalan yang membolehkan daKu memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya” (Diriwayatkan oleh Ibn Hibban – no: 3494)

Hadis 6

Sabda Rasulullah s.a.w :

“(Allah s.w.t berfirman) : Sesungguhnya dia (hamba) meninggalkan makan dan minum serta syahwatnya kerana-Ku. Puasa (yang dia kerjakan adalah) kerana-Ku. Puasa adalah untuk-KU. Sedangkan, Aku memberi balasan setiap kebaikan itu dengan sepuluh kali ganda sehingga 700 kali ganda kecuali ibadah puasa. Ini kerana, ia (puasa) adalah untuk-Ku dan (sudah tentu) Aku sendiri yang akan memberi balasannya” (Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam al-Muwaththa’, Kitab al-Shiyam – no: 603)

Hadis 7

Sabda Rasulullah s.a.w :

“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-Ku dan Akulah yang memberi pahala puasanya” (Diriwayatkan oleh al-Bukhari dalam Shahih al-Bukhari, Kitab al-Libas – no: 5927)

Hadis 8

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi Muhammad s.a.w., sabdanya:

“Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan, menyerulah malaikat, katanya: “Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan! Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan! Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka – daripada memasukinya”. Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan).” (Diriwayatkan Tirmizi dan Nasa’i)

Hadis 9

Dari ‘Uqail dari Ibnu Syihab, katanya : “Aku telah diberitahu oleh ibnu Abi Anas ketua dari kabilah Taimi mengatakan bahawasanya ayahnya memberitahukan kepadanya bahawa Abu Hurairah r.a. berkata : “Rasulullah s.a.w. bersabda :

“Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibukakan pintu-pintu langit dan ditutup pintu-pintu neraka Jahanam, dan dirantai semua syaitan.” (Diriwayatkan Bukhari)

Hadis 10

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda:

” Ramadhan telah datang kepada kamu, Ia merupakan bulan yang berkat, Allah SWT memfardukan ke atas kamu puasa di bulan itu, dibuka padanya pintu-pintu langit, ditutup padanya pintu-pintu neraka, dibelenggu pada syaitan-syaitan yang amat jahat. Pada bulan Ramadhan itu terdapat satu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Sesiapa yang diharamkan kebaikannya maka sesungguhnya dia diharamkan” (Diriwayatkan Saunan An-Nasa’ie Dengan Syarah Imam Suyuti )

Hadis 11

Daripada Ibn `Abbas RA katanya:

“Adalah Nabi SAW manusia yang paling pemurah dengan kebaikan, dan Baginda yang paling pemurah adalah dalam bulan Ramadhan ketika Jibril menemuinya, dan adalah Jibril menemui baginda setiap malam pada bulan Ramadhan sehingga Ramadhan berlalu, Nabi membaca al-Quran kepada Jibril. Apabila Jibril `a.s. menemui Baginda, Baginda adalah lebih pemurah dari angin yang bertiup kencang (dengan membawa hujan rahmat)”. (Diriwayatkan Bukhari)

Hadis 12

Daripada Abu Hurairah RA katanya:

“Puasa itu adalah perisai, oleh itu maka janganlah orang yang berpuasa itu melakukan perkara keji dan melakukan perbuatan orang jahil. Jika ada orang yang mengaduhinya atau memakinya maka hendaklah dia berkata, aku puasa. Diulang dua kali. Demi yang diriku di dalam kekuasaan-Nya sesungguhnya perubahan bau mulut orang yang berpuasa lebih wangi di sisi Allah dari minyak wangi kasturi. Dia meninggalkan makan, minum dan syahwatnya kerana Aku. Puasa itu adalah untukKu dan Aku yang membalasnya. Satu kebaikan itu dibalas dengan 10 yang seumpamanya” (Diriwayatkan Bukhari)

Dipetik dari Al-Hijrah Muamalat

Begitulah 12 hadis sahih berkaitan kelebihan bulan Ramadhan yang Dr Fuh dapat kongsikan. Subhanallah. Sungguh banyak kelebihannya. Semoga kita memanfaatkan bulan Ramadhan ini dengan amalan sunat dibulan Ramadhan selain puasa Ramadhan. In Shaa Allah.

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

9 thoughts on “Kelebihan Bulan Ramadhan Dan Hadis Berkaitan

  1. ali

    ko nyer web ni ok. tp sayang, terlalu banyak iklan dan ‘batak’ like.

    kalau nk sebarkan agama, biar ikhlas. xyah nk suruh org ‘like’ atau nk tag iklan. ganjaran apa yg ko nak?

    got it?

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge