Gambar Perkahwinan Raja Azmi

Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK 26

Gambar Perkahwinan Raja Azmi | Tahniah diucapkan kepada raja sehari Raja Azmi & Eddie Ghazali (Eddie CRK) yang telah sah menjadi suami isteri dengan sekali lafaz pada jam 9.20 malam di dalam gazebo indah di Laman Beringin, Istana Budaya pada 13 Oktober yang lalu.

Raja Azmi dan Eddie sebelum ini telah mengikat tali pertunangan pada 15 Julai 2013 lalu setelah hampir setahun mengenali hati budi masing-masing.

Gambar-Sekitar-Majlis-Akad-Nikah-Raja-Azmi-Eddie-GhazaliGambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK 23 (500x331)

Gambar-Sekitar-Majlis-Akad-Nikah-Raja-Azmi-Eddie-Ghazali4

Mereka di ijabkabulkan oleh Mejar Bersara, Hj Ismail Wan Ahmad dengan berwalikan abang sulung Raja Azmi, Raja Azman serta bersaksikan adik bongsunya, Raja Azizdin dan menantunya Mohammad Shadan Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM 300.

Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK 8 (500x331)

Pengantin perempuan dilihat mengenakan busana berwarna krim rekaan Variante manakala pakaian pengantin lelaki pula berwarna maroon dari Kose Serani. Majlis berkenaan dihadiri kira-kira 800 tetamu jemputan.

Selain mas kahwin, kedua-dua pihak turut bertukar-tukar dulang. Pihak pengantin lelaki telah membawa 1 dulang hantaran yang mengandungi sebuah Al-Quran dan gelang tangan emas putih, dan dibalas dengan 3 dulang hantaran berupa manisan seperti coklat, cookies, dan jeli dari pihak pengantin perempuan.

Gambar perkahwinan Raja Azmi dan Eddie CRK 1 (500x331)Gambar-Sekitar-Majlis-Akad-Nikah-Raja-Azmi-Eddie-Ghazali7

Kredit gambar RotiKaya

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Gambar Perkahwinan Raja Azmi

Luna Nana

Seorang yang suka mencuba sesuatu yang baru . Mencari informasi terkini mengenai kemasukan pelajar ke IPTA, SBP,biasiswa dan sebagainya. Ingin menjadikan Fuh.My sebagai medium informasi terkini pada abad ini. "Genggam bara biar sampai jadi abu" (^_^)

Comments

comments

One thought on “Gambar Perkahwinan Raja Azmi

  1. Pingback: 5 Bintang Holywood Yang Berjaya Dari Zaman Remaja | Malaysia Boleh

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge