Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda

Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda. Gambar Fizo Omar Akad Nikah. Majlis Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim. Pengasas Tudung Fareeda, Perkahwinan Fizo Omae Dan Mawar

Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda | Tahniah!! Dr Fuh ucapkan kepada pasangan pengantin baru Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim kerana telah sah menjadi suami isteri sebentar tadi.

Hanya dengan sekali lafaz, Mawar Abdul Karim iaitu anak kepada pengasas tudung Fareeda merangkap model tudung Fareeda sah menjadi Isteri kepada pelakon terkenal Fizo Omar.  Majlis pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim telah berlangsung di kediaman keluarga pengantin perempuan di Country Heights di sini kira-kira pukul 9.30 pagi, Ahad. Acara tersebut turut disiarkan secara langsung menerusi program Nasi Lemak Kopi O di TV9.

Akad nikah Fizo Omar telah disempurnakan oleh Pegawai Tadbir Agama Daerah Hulu Langat, Mohd Arif Abd Samad dan disaksikan oleh dua orang saksi iaitu Wan Zamani Wan Omar dan Azreen Bajuri. Pada majlis tersebut, Mawar, 24, turut menerima mas kahwin sebanyak RM506 namun wang hantaran dirahsiakan jumlahnya. Pengantin lelaki membawa tujuh dulang hantaran dan dibalas sembilan oleh pihak perempuan.

Fizo atau nama sebenarnya Wan Hafizol Wan Omar, 28, dan Mawar Abdul Karim terdahulu mengadakan majlis pertunangan pada Sabtu lalu iaitu pada 9 November 2013. Majlis pernikahan kedua-dua mempelai dihadiri kira-kira 300 orang jemputan yang terdiri daripada kaum keluarga rapat pengantin, rakan artis dan wakil media.

Rombongan pengantin lelaki diiringi konvoi motosikal berkuasa tinggi selain tujuh selebriti lelaki iaitu Datuk Rosyam Nor, Fahrin Ahmad, Kamal Adli, Nazim Othman, Iqram Dinzly, Johan As’ari dan Shaheizy Sam ditugaskan untuk membawa dulang hantaran.

Sekali lagi Dr Fuh mengucapkan tahniah dan mendoakan agar pasangan Fizo Omar dan Mawar Abdul Karim akan melayari hidup berumahtangga dengan penuh bahagia dan berjaya hingga ke pintu Syurga. Tarikh bagi majlis perkahwinan Fizo Omar dan juga Mawar Abdul Karim masih belum diisytiharkan oleh mereka. HArap-harap Dr Fuh dijemput untuk menghadiri majlis tersebut. Hehehe :p

Dibawah ini Dr Fuh sediakan gambar majlis pernikahan Fizo Omar dan Mawar Fareeda untuk tatapan peminat mereka yang Dr Fuh ambil dari sumber pelbagai.

pernikahan fizo omar dan mawar abdul karim Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda gambar majlis pernikahan fizo omar mawar fareeda Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda gambar fizo omar dan mawar fareeda Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda Fizo Omar Mawar majlis perkahwinan Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda

Lagi Gambar di RotiKaya.Com

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Gambar Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Fareeda

  1. Pingback: Live Streaming Majlis Pernikahan Fizo Omar Dan Mawar Abdul Karim

    • Aniqbukhary32

      Ya Allah, Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini. Ya Allah Ya Tuhan Kami, Kurniakan Rahmat Kepada Pengantin Suami Isteri Agar Kekal Abadi, Aman Damai Yang Berkekalan Di Alam Rumahtangga, Sihat Walafiat, Dimurahkan Rezeki Dan Dilanjutkan Usia Serta Mendapat Syafaat Daripada Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

      Reply
  2. Pingback: 5 Senaman Mudah Untuk Bentuk Badan Langsing | Fuh.My

  3. Pingback: Cara Solat Sunat Sebelum Dan Selepas Akad Nikah | Fuh.My

  4. Pingback: Gambar Perkahwinan Fizo Omar Dan Mawar Bersama Tok Guru Nik Aziz

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge