Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW

Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW

Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW

Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW | Semasa Puteri sibuk membaca cerita-cerita tentang zaman Rasulullah, Puteri terjumpa satu artikel daripada SINI yang mengisahkan dua gelaran yang diberikan kepada isteri Rasulullah, iaitu Aisyah r.a. Teringat Puteri tentang entri “Petua Jadi Suami Romantik Mengikut Sunnah Rasulullah” yang di olah oleh Dr. Fuh. Dalam entri tersebut ada menyatakan memanggil isteri dengan panggilan manja dikategorikan sebagai romantik. 

Sebagai mana yang kita tahu, gelaran “Ya Humaira” sering disebut oleh Rasulullah. Panggilan itu diberi kerana warna kulit Siti Aisyah yang putih kemerah-merahan. Maka disebabkan itu, Rasulullah saw memberi gelaran Humaira kepada Siti Aisyah.

Dan untuk gelaran kedua yang diberikan Rasulullah saw kepada Siti Aisyah adalah “Muwaffaqah” yang bermaksud cerdik dan mencerdikkan orang lain. Jika gelaran Humaira diberi kerana warna kulit Siti Aisyah yang kemerah-merahan, maka apakah sebab gelaran Muwaffaqah diberikan Rasulullah saw kepada isterinya itu?

Gelaran Muwaffaqah diberikan kerana sifat Siti Aisyah yang rajin bertanya.Sifat ini adalah sifat yang baik dan terpuji. Oleh kerana itu, kita tidak boleh melabelkan orang yang rajin bertanya sebagai orang tidak reti. Orang yang rajin bertanya bukanlah seorang yang bodoh.

Orang bertanya kerana ada tujuannya. Kadang kala pertanyaan mereka itu dilontarkan demi memandaikan orang lain. Jika mereka bertanya, secara tidak langsung ia membuka ruang untuk orang lain turut mengetahuinya. Sifat ini lebih baik daripada orang yang tidak tahu dan malas untuk bertanya.

Namun, dalam masa yang sama, ada kala orang bertanya kerana dia memang tidak pandai tentang sesuatu perkara. Sifat ini perlu ada dalam kalangan pelajar.Bahkan seharusnya ada dalam kalangan setiap individu untuk sentiasa belajar dan terus belajar. Bukankah kita sentiasa belajar setiap hari? Maka, janganlah ada di antara kita mengherdik orang yang mempunyai sifat gemar bertanya. Sebab itu, Muwaffaqah ini maknanya orang yang cerdik dan mencerdikkan orang lain.

Begitulah dua gelaran yang diberikan kepada Siti Aisyah r.a. Panggilan manja, gelaran dan panggilan nama itu boleh mengambarkan peribadi seseorang. Jadi, panggillah orang yang kita sayangi dengan gelaran yang baik-baik kerana kata-kata itu boleh menjadi satu doa. Wallahualam.

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW

puteri

Seorang blogger yang suka berkongsi petua, tips kecantikan, artikel kesihatan dan cerita-cerita tauladan. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia. "Tanpa Keberanian Mimpi Tidak Bermakna" -The Khayalan^Puteri -

Comments

comments

2 thoughts on “Dua Gelaran Diberikan Kepada Siti Aisyah Oleh Rasulullah SAW

  1. Aniqbukhary32

    Setuju sangat.. bg yang nak timang baby tu, berilah nama anak2 anda dengan nama yg baik2 sebab ianya merupakan satu doa macam admin tulis kat atas tu :)

    Reply
  2. Pingback: Kelebihan Dan Fadhilat Ibadah Korban | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge