Mael XPDC – Biodata Ringkas Lagenda Rock 90’an

Kisah Hidup Mael XPDC Lagenda Rock Tanah Air Yang Tiada Pengganti

Syed Ismail bin Syed Ibrahim, yang lebih dikenali sebagai Mael XPDC, merupakan seorang penyanyi terkenal dalam kumpulan rock XPDC pada era 90-an. Beliau dilahirkan pada 7 Mac 1967 di Muar, Johor dan menetap di Parit Tiram, Muar, Johor.

Pada 27 April 2023, anak kepada Allahyarham, Sharifah Irfatasha telah mengesahkan bahawa beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor pada pukul 9:30 malam. Jenazah beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Al Raudah, Batu 6 Bakri, Muar, Johor pada 28 April 2023 sekitar pukul 10:55 pagi.

Beliau meninggalkan warisannya sebagai seorang penyanyi rock yang terkenal di Malaysia. Beliau sering dikaitkan dengan lagu-lagu popular seperti “Hentian Ini”, “Tanda Tanya”, “Semangat Yang Hilang” dan banyak lagi.

XPDC merupakan salah satu kumpulan rock paling popular pada zaman 80an dan 90an, dan Mael sering dikenali sebagai ikon rock Malaysia pada masa itu.

Beberapa sumber telah mengesahkan bahawa Mael meninggal dunia akibat semput yang kritikal.

Beliau meninggalkan kenangan yang tidak akan dilupakan dalam dunia muzik rock Malaysia dan menginspirasi ramai anak muda untuk mengejar impian mereka dalam bidang muzik.

Kisah Hidup Mael Bersama XPDC

mael xpdc

Untuk rekod, Mael adalah salah seorang pengasas kumpulan XPDC pada 1985 yang menggunakan nama Tragedy bersama Izo yang bertindak sebagai gitaris.

Bagaimanapun pada 1997, Mael membuat keputusan mengundurkan diri daripada kumpulan tersebut.

Album terakhir beliau bersama XPDC berjudul Brutal yang dilancarkan pada tahun sama terjual melebihi 350,000 dan ia album paling laris kumpulan itu sehingga kini.

Pada tahun 2016, beliau juga pernah diundang di pentas gegaz vaganza 3 sebagai artis jemputan

Mael dan XPDC mewakili era yang dilalui banyak generasi. Setiap kita ada nostalgia sendiri berdasarkan album yang dirakam beliau dan lagu-lagu dibawanya. Sama ada lagu metal atau balada, Mael ‘ada di mana-mana

Pemergian Allahyarham sudah tentunya menjadi satu kehilangan besar  buat peminat industry rock tanah air.

Semoga sedikit sebanyak kisah hidup Mael XPDC ini menjadi tatapan nostalgia buat peminat-peminat beliau.

Bagi peminat-peminat allahyahram boleh melihat poster-poster gambar kenangan arwah di facebook Mael XPDC Official https://www.facebook.com/Maelxpdcofficial

Al-Fatihah

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!