Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023 – JAKIM

Dalam sekelip mata, tahun 1444H akan berakhir tak lama lagi. Bagi menutupi tahun ini, kita sebagai umat Islam digalakkan untuk membaca doa akhir tahun sebelum masuk waktu Magrib (akhir waktu Asar atau selepas solat Asar) pada 30 Zulhijjah 1444H (18 Julai 2023, Selasa).

Ini sesuai dengan konsep pertukaran tarikh hijri yang bermula selepas masuk waktu Magrib.

Sempena sambutan Maal Hijrah yang akan tiba tak lama lagi, kami ingin kongsikan doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023. Teruskan membaca untuk ketahui dengan lebih lanjut.

Baca Juga : Doa Dhuha & Panduan Solat Sunat Dhuha Lengkap  

Amalan Bacaan Doa Akhir Tahun

Berdasarkan perkongsian daripada Jabatan Mufti Negeri Perak, catatan daripada Dar al-Ifta’ al-Misriyyah menyebut bahawa bacaan doa akhir tahun dan awal tahun telah pun diamalkan oleh segolongan ulama dari aliran mazhab Hanbali lebih kurang 1,000 tahun lalu.

Doa-doa tersrbut kemudiannya diwasiat kepada ulama yang sealiran dengan mereka termasuklah al-Syeikh al-Imam al-Waliyy al-Soleh Abu ‘Umar al-Maqdisiyy Muhammad bin Ahmad bin Muhammad bin Qudamah al-Hanbaliyy yang juga merupakan saudara kandung kepada al-Imam al-‘Allamah al-Muwaffiq bin Qudamah, pengarang kitab al-Mughniyy dalam mazhab Hanbali.

Teks Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023


بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ

الحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّـدِنَا مُحَمَّدٍ، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ. اَللَّهُمَّ مَا عَمِلْنَا فِى هَذِهِ السَّنَةِ مِمَّا نَهَيْتَنَا عَنْهُ فَلَمْ نَتُبْ مِنْهُ، وَلَمْ تَرْضَهُ وَلَمْ تَنْسَهُ، وَحَلِمْتَ عَلَيْنَا بَعْدَ قُدْرَتِكَ عَلَى عُقُوبَتِنَا إِلَى التَّوْبَةِ مِنْهُ بَعْدَ جَرَاءَتِنَا عَلَى مَعْصِيَتِكَ، فَإِنَّنَا نَسْتَغْفِرُكَ فَاغْفِرْ لَنَا، وَمَا عَمِلْنَا مِمَّا تَرْضَاهُ، وَوَعَدْتَنَا عَلَيْهِ الثَّوَابَ، فَنَسْأَلُكَ اللَّهُمَّ يَا كَرِيمُ يَا ذَاالجَلاَلِ وَالإِكْرَامِ، أَنْ تَتَقَبَّـلَهُ مِنَّا وَلاَ تَقْطَعْ رَجَاءَنَا مِنْكَ يَا كَرِيمُ. رَبَّنَآ ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى الأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ. وَصَلَّى اللهُ وَسلَّمَ عَلَى سَيـِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِينَ وَالحَمْدُ لِلّٰهِ رَبِّ العَالَمِينَ

Maksud :

Ya Allah, apa-apa tegahan dan larangan-Mu yang kami lakukan sepanjang tahun ini dan kami belum bertaubat daripadanya sedangkan Engkau tidak lupa dan tidak meredhainya, Engkau juga telah berlemah-lembut kepada kami sedangkan Engkau berkuasa memaksa kami bertaubat daripada perbuatan maksiat yang sengaja kami lakukan, maka sesungguhnya kami memohon keampunan-Mu.

Apa-apa perbuatan kami sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dengan pemberian pahala yang Engkau janjikan, maka dengan kemuliaan dan kebesaran-Mu, kami memohon dan berharap menerimanya, dan janganlah Engkau hampakan harapan kami kepada-Mu.

Doa Akhir Tahun Hijrah 1444H / 2023

Amin ya Rabbal ‘alamin.

Sumber :

Jabatan Mufti Negeri Perak

JAKIM

SHARE DI WHATSAPP ATAU MEDIA SOSIAL:

Sertai Komuniti Kami

Dapatkan UPDATE terkini lebih pantas terus ke emel anda!