Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014. Semakan Rayuan Online Permohonan BR1M 3.0 2014, BRIM 2014, Cara Membuat Rayuan BR1M 3.0 2014, BR1M 3.0, BR1M 2014

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014 | Assalmaulaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada para pembaca yang dikasihi dan disayangi sekalian. Pemohon Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 3.0 yang ditolak permohonannya masih mempunyai peluang untuk membuat rayuan.

Mengikut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan, pemohon boleh membuat rayuan dengan merujuk laman sesawang Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau ke jabatan tersebut.

Tinjauan Sinar Harian Online juga mendapati, pengguna media sosial Facebook turut berkongsi perasaan kecewa apabila permohonan mereka telah ditolak walaupun menepati syarat kelayakan.

Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

Pemilik akaun Facebook, Siti Sarah Yusof berkata, permohonannya ditolak mungkin berpunca daripada kelewatannya untuk menukar staus perkahwinan.

“Jika diikutkan syarat untuk terima BR1M, saya layak untuk terima. Tetapi disebabkan kesukaran kemaskini maklumat peribadi iaitu status perkahwinan, menyebabkan saya tak menerima BR1M kali ini,” katanya.

Dalam pada seorang lagi pemilik akaun Facebook, Eyma Zima Fie turut melahirkan perasaan kecewa apabila gagal menerima bantuan tersebut.

“Ramai orang sudah dapat BR1M, saya tak dapat lagi…kalau ikut kelayakn saya memang layak dapat bantuan itu.

“Tapi kenapa lambat atau maklumat saya bertindih?,” katanya.

Berikut merupakan Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

  1. Individu perlu tampil sendiri ke pejabat LHDN berdekatan untuk menghantar permohonan rayuan BR1M 3.0 2014
  2. Individu berkenaan juga perlu mengemukakan semula pelbagai dokumen sokongan termasuk penyata gaji dan tanggungan lain untuk disemak semula oleh LHDN dan 10 lagi agensi lain termasuk Bank Negara dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
  3. Selepas individu terbabit mengemukakan dokumen sokongan dan rayuan bertulis kepada LHDN maka keputusan permohonan rayuan Br1M 3.0 2014 untuk mendapatkan BR1M akan diluluskan.
  4. Pembayaran Br1M 3.0 2014 akan dibuat ke akaun pemohon setelah keputusan menerima BR1M 3.0 diluluskan.

Pastinya dengan ledakan kenaikan kos sara hidup hari ini terutamanya melibatkan rakyat malaysia yang tinggal dan di kawasan bandar, permohonan rayuan BR1M 3.0 2014 andaikata dapat diluluskan sekurang-kurangnya dapat menampung penurunan belanja boleh guna (disposable income) rakyat Malaysia hari ini setiap bulan.

Sumber : Sinar Harian & Berita Semasa

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

6 thoughts on “Cara Permohonan Rayuan BR1M 3.0 2014

  1. Aku

    Nak mohon brim mcm nak mohon 1 juta. Padahal berapa ratus je. Thun lps aku dpt thun ni x dpt. Apa ni kerajaan makin masuk akaun bank makin payahlah mcm ni

    Reply
  2. on off

    kalau nak bagi2 je lh..jagan lh nk sekat2 bwt org rasa mcm mntk sedekah..nk ikut kn aq dh sagat2 layak..last2 tk dapat plk..pa cita!!!

    Reply
  3. corinna chong pooi yow

    tahun 2013 BR1M saya dapat..sekarang saya tak dapat BR1M..kenapa..saya ibu tunngal ada 4 orang anak..memang benar masa tahun 2011 saya mohon borang BR1M saya tulis semua nama anak di atas borang BR1M..pada tahun 2012 anak saya Chong Ka Hin dah kahwin dah ada isteri anak dan tinggal di johor,mereka setahun perayaan tahun baru cina baru balik ke rumah….selama ini anak saya Chong Ka Hin tak perlu saya tanggungan..anak saya Chong Mei Chan pbulan December 2013 dah habis belajar,sekarang dah bekerja dan tak perlu saya tanggungan..anak Chong Ka Weng sedang tunggu keputusan SPM bulan March ini.dia sekarang tengah kerja sambilan di Johor..sekarang masih seorang anak sedang belajar tahun 6 saya perlu tanggungan anak yang sedang bersekolah..saya harap pihak LHDN dapat terima surat rayuan saya..beri saya dapat BR1M kembali… saya kata diatas semuanya adalah benar…

    Reply
  4. keliru....

    suami saya p semak kat lhdn… mula2 kata lulus…. pg td p semak pula… tau2 x lulus sebab kononnya saya bekerja.. pendapatan lebih drpa RM4000…. sedangkan saya surirumah sepenuh masa sejak mula2 kahwin dulu dah hampir 15thn pn…..br1m 1 dan br1m 2 dapat senang ja … tak dak masalah pun…… masa kemaskini hari tu pun hanya kemaskini no akaun bank ja… tak kacau maklumat lain pun…. apa masalah sebenarnya….

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge