Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik

Contoh surat permohonan kerja.

Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik – Surat ini bolehlah diumpamakan sebagai surat jualan. Ia ‘menjual’ kelayakan anda, mendorong bakal majikan membaca resume yang dikepilkan serta memujuknya memberikan anda peluang untuk ditemuduga.

Surat ini harus memperlihatkan cita-cita dan hasrat anda serta dapat menunjukkan dengan jelas bagaimana kelayakan dan pengalaman yang anda miliki berkait dengan pekerjaan yang anda pohon. Yang lebih utama lagi. surat tersebut mestilah menunjukkan bahawa anda berkeupayaan melaksanakan dengan baik tugas yang diminta.

Baik resume atau surat permohonan kerja, surat berkenaan mestilah disediakan dengan sempurna dan profesional kerana kedua-duanya menjadi contoh pekerjaan anda. Cara menulisnya adalah seperti berikut :

Permulaan Surat Permohonan Kerja - Mulakan surat anda dengan menonjolkan sikap anda yang berorentasikan perkhidmatan iaitu dengan menyebut apakah sumbangan anda kepada syarikat / organisasi. Anda boleh menyebutnya dengan pelbagai cara berikut. Misalnya ,

* Saya yakin bahawa kelayakan dan latihan profesional yang saya terima dapat memenuhi keperluan jawatan sebagai pelatih pengurusan seperti yang tuan iklankan dalam akhbar The STAR kelmarin.

* Empat tahun pengajian saya di Universiti Utara Malaysia di tambah lagi dengan 2 tahun pengalaman bekerja sebagai penolong kepada pengurus personel dalam Syarikat Sinar Ringgit Sdn. Bhd. telah memberi saya
keyakinan bahawa saya layak untuk memenuhi jawatan Penolong Pengurus Personel seperti yang tuan iklankan
dalam akhbar NST kelmarin.

* Encik Vincent Tan dari Jabatan Akaun di tempat tuan ada memberitahu saya bahawa syarikat tuan memerlukan siswazah perakaunan. Saya percaya ijazah perakaunan saya dari Universiti Islam Antarabangsa layak untuk tuan pertimbangkan.

* Artikel terbitan akhbar the STAR bertarikh 12 Januari 2001 ada menyebut bahawa syarikat tuan sedang berkembang maju dalam bidang teknologi maklumat. Saya percaya bahawa dengan ijazah pengurusan maklumat yang saya miliki ditambah pula dengan pengalaman praktikal yang saya ada akan membolehkan saya menjalankan tugas dengan baik selaku jurutera jualan anak syarikat tuan itu. Jangan pentingkan diri diri anda sahaja, seperti..

* Saya berminat untuk memohon jawatan yang tuan iklankan dalam akhbar the NST kelmarin. Saya tertarik kepada gaji, faedah sampingan dan prospek kerjaya yang tuan tawarkan. Sememangnya saya mencari pekerjaan yang cerah masa depannya.

Isi Surat Permohonan Kerja - Ia harus membayangkan bahawa anda bukanlah manusia hebat. Anda hanya perlu jujur dan realistik misalnya jawatan sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd. memerlukan budi bicara dan kebijaksanaan anda apabila berhubung dengan orang ramai serta keupayaan kita bekerja dalam keadaan tertekan.

Penyataan di atas lebih meyakinkan daripada menyebut cara ini ‘ saya boleh melaksanakan segala tanggungjawab seperti yang ada diiklankan itu kerana saya pernah bekerja sebagai Pembantu Peribadi kepada Pengerusi Syarikat Timah Bhd.

Penutup Surat Permohonan Kerja - Perenggan akhir bukanlah untuk merumus isi surat sebaliknya anda haruslah menunjukkan minat anda untuk menghadiri sesi temuduga tanpa memaksa atau memintaminta atau mengarahkan mereka berbuat demikian. Misalnya,

“Jika tuan bersetuju dengan kelayakan dan pengalaman saya, silalah beritahu saya bilakah saya boleh ditemuduga. Tuan boleh menghubungi saya di alamat di atas atau menelefon saya pada nombor yang saya catatkan dalam resume saya ini.”

Contoh Surat Permohonan Kerja

contoh surat permohonan kerja Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik

Adam Idris
26, Taman Sentosa
80150, Johor Bahru
Johor

2 Januari 2000

Pengurus Personel
Techno Smart – Surat Sdn. Bhd.
67, Taman Melaka Raya
75000, Melaka

Tuan,

Permohonan Untuk Jawatan Eksekutif Personel

Pengajian dalam bidang pentadbiran dan 2 tahun pengalaman bekerja di Bahagian Kontrak dan Bekalan, Jabatan Perbendaharaan melayakkan saya untuk memohon jawatan di atas seperti yang tuan iklankan alam akhbar NST
bertarikh 30/12/2000.

Kursus ijazah yang saya miliki banyak memberikan saya pengetahuan asas yang luas mengenai pentadbiran. Pengkhususan saya dalam bidang Psikologi dan Pentadbiran Awam telah memberikan saya kefahaman yang luas mengenai aspek kemanusiaan dalam pentadbiran. Semasa bertugas di Jabatan Perbendaharaan, tanggungjawab saya meliputi pelbagai bidang – daripada menyediakan laporan kakitangan, mengendalikan urusan personel, menganalisis masalah, menetapkan matlamat, membuat keputusan sehinggalah saya dilantik sebagai Pengurus Perhubungan Awam. Pengalaman kerja saya telah mengajar saya bagaimana untuk berdepan dengan situasi yang memerlukan lagi memalukan serta bagaimana mencipta hubungan kerja yang harmoni dengan pelbagai manusia yang mempunyai bermacam-macam minat dan latarbelakang mereka.

Resume yang saya sertakan akan memberitahu tuan lebih lanjut tentang kelayakan dan pengalaman saya. Sila dial nombor 09-78774766 supaya dapat saya memberitahu tuan tentang masa depan saya dengan Matsushita sebuah syarikat terkemuka di Malaysia. Harap permohonan ini mendapat pertimbangan tuan.

Terima kasih.

Yang benar,
Adam
ADAM IDRIS
Lamp.

SUMBER

Incoming search terms:

The following two tabs change content below.
 Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

10 thoughts on “Cara Menulis Surat Permohonan Kerja Dan Contoh Terbaik

  1. Pingback: Bukan Senang Nak Senang, Bukan Susah Nak Susah | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge