Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam. Najib semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam | Kuala Lumpur: Datuk Seri Najib Razak semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM500 kepada penjawat awam bagi menyambut Hari Raya 2013.

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan turut mengumumkan bahawa kerajaan bersetuju memberi Bayaran Khas Kewangan sebanyak RM500 kepada semua pesara kerajaan.

Bayaran itu akan dibuat pada 9 Ogos ini, katanya dalam kenyataan.

Pemberian bonus dan bayaran khas berkenaan akan memanfaatkan seramai 1.27 juta penjawat awam persekutuan dan 657,000 pesara kerajaan. 

Najib berkata, pemberian bonus setengah bulan gaji dan bayaran khas kewangan itu dibuat berdasarkan kedudukan dan kemampuan kewangan kerajaan.

Katanya, bayaran itu akan membabitkan anggaran perbelanjaan RM2.2 bilion. Perdana Menteri berkata, pemberian bonus dan bayaran khas itu adalah penghargaan kerajaan kepada seluruh penjawat awam dan pesara kerajaan.

Kerajaan sentiasa prihatin dan sangat menitikberatkan kebajikan penjawat awam dan pesara kerajaan, katanya lagi.

Beliau berharap langkah itu dapat membantu mereka membuat persediaan menyambut Aidilfitri. Najib berkata, pembayaran bonus kepada penjawat awam itu bagi menghargai sumbangan dan dedikasi mereka dalam melaksanakan program pembangunan negara. – BHarian

[hr style="bar"]

Dr Fuh – Terima kasih kepada Allah keatas rezeki ini kepada mereka yang bergelar penjawat awam. Tapi yang Dr Fuh pelik kenapa bayaran akan dibuat pada 9 Ogos ini sedangkan kita dijangka menyambut 1 Syawal pada 8 Ogos 2013. Rupa-rupanya artikel ini adalah artikel tahun lepas (2012) yang mana mungkin pihak Berita Harian ter terbitkan semula artikel tersebut pada 29 April 2013 dan pihak Berita Harian juga telah mengeluarkan artikel tersebut dari lamannya setelah tersebarnya berita lapuk ini. Lihat gambar dibawah sebagai bukti:

Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam. Najib semalam mengumumkan kerajaan bersetuju membayar bonus setengah bulan gaji, minimum RM500

Link yang telah dipadam oleh Berita Harian >> https://bitly.com/shorten/

Update Terkini Bonus Raya 2013 Kakitangan Awam

Harap Maaf. Mungkin tak lama lagi PM akan umumkan kot. Sabaq naa

Incoming search terms:

Tekan Untuk Teruskan Bacaan
The following two tabs change content below.
 Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam
Merupakan seorang blogger yang gemar berkongsi artikel menarik dari sumber lain sebagai pengajaran dan rujukan pembaca dengan sedikit gubahan ayat dan olahan sendiri disamping menyelitkan artikel berunsur lawak serta kisah benar. Bercita-cita menjadikan fuh.my sebagai blog Informasi terbaik di Malaysia.

Comments

comments

19 thoughts on “Bonus Hari Raya 2013 Setengah Bulan Gaji Kakitangan Awam

  1. zahidzidane

    Ni berita taun lepas la.. Xcheck dulu ka? Sebab tu bayar 9 ogos. Nak kena saman gamaknye admin neh.

    Reply
  2. Yong

    Berfikiran positif la.. guna la duit gaji utk blanja raya..bonus tu blh la tampung sara hidup lps raya.. tak la gigit kuku nanti

    Reply
  3. kidal

    untuk swata x ade ke…..semua kerajaan ye….bgi la untuk swatar ckt…..gaji swatar x bayak pun…nk mintak lond pun x dpt….cm mane ni kerajaan ni…

    Reply
  4. AB MANAN BIN HAJI OMAR

    jgn dok melawak bonus2 ni…..ada yg pengsan kang posa2 ni…….dengar guruh,hujan tak turun2 ,,,,,kang ada yg mampossss

    Reply
  5. Pingback: Cara Betul Dan Terbaik Agihkan Daging Korban | Fuh.My

  6. Pingback: JADUAL PEMBAYARAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2014 | Fuh.My

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

CommentLuv badge